Tampil Tanpa Solekan, Wajah Polos Aina Abdul Terima Pujian Netizen - “Flawlessnya Kulit!”

Azwa Rahman
Ogos 12, 2020 11:28 MYT
Penyanyi Aina Abdul mencuri tumpuan wargamaya apabila berkongsi wajah terbarunya dengan tanpa secalit solekan.
Menerusi laman sosial Instagram, Aina memuat naik sekeling gambar swafoto untuk tatapan umum.
“Agak lama jugak sejak gambar swafoto terakhir saya, hello semuanya,” tulis Aina menerusi ruangan kapsyen.
Menerusi perkongsian itu lagi, Aina bertudung hitam tampil polos dengan keadaan kulit wajahnya yang mulus dan licin.
Meninjau ke ruangan komen, ramai wargamaya yang memuji kecantikan semula jadi pelantun lagu Semalam itu.
Malah, ada yang turut meminta Aina untuk berkongsi rutin harian penjagaan wajahnya.
“Sedap mata memandang. Setengah orang tu cantik tapi kita tengok dia cepat muak. Tapi Aina ni rasa suka je tengok,” kata seorang wargamaya.
“Saya suka wajah natural awak,” komen seorang wargamaya.
“Apa rutin skincare kak Aina? Kongsi la,” tanya seorang wargamaya.
“Cantiknya weh, wajah natural awak lawa gila. Kongsi tips please,” puji seorang wargamaya.
“Cuaca di luar redup, tapi redup lagi pandangan matamu,” usik seorang wargamaya.
“Aku tak faham orang yang kata Aina ni takde rupa padahal tak mekap pun meletop! Dahlah suara sedap ya Allah adore teruk,” tulis seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, foto wajah flawless Aina itu telah menerima hampir 10,000 tanda suka daripada warga Instagram.
#Aina Abdul #Kulit cantik #Skincare