Kecoh di media sosial apabila ramai yang tidak berpuas hati dengan sebuah muzik video yang memaparkan watak berkulit gelap.

Difahamkan, video muzik tersebut merupakan iklan sebuah produk pemutihan kulit.

Video muzik berkenaan memaparkan wanita bangsa Cina berkulit gelap menjadi cerah dalam satu video muziknya.

Watak utama, seorang pelajar yang warna kulitnya kelihatan gelap dibuli rakan sekolah lalu menggunakan produk tersebut dan wajahnya bertukar menjadi cerah.

Susulan itu, video muzik tersebut telah dikecam oleh netizen kerana sebahagian mereka menganggap ia menyentuh sensitiviti kaum.

Rata-rata mereka menganggap isu seperti ini tidak seharusnya berlaku terutama pada ketika dunia yang serba modern ini.

Malah, isu warna kulit dikatakan boleh menyebabkan ramai tersinggung.

Sementara itu, penyanyi tersebut, Haoren dalam satu kenyataan di Facebook meminta maaf jika video muzik itu menyinggung perasaan ramai orang.

Jelasnya, jalan cerita dalam video tersebut berdasarkan kisah benar dan watak utama terpaksa memakai makeup seperti itu untuk menampakkan kulit ‘tanned’.

"Saya baru-baru ini melancarkan lagu baru yang bekerjasama dengan produk pemutihan.

“Namun ada netizen menganggapnya ia tidak selesa untuk ditonton.

"Ini menimbulkan salah faham. Saya dengan ini meminta maaf kepada semua orang yang merasa tidak selesa dalam cerita ini.

"MV telah dipadam untuk sementara waktu dari saluran saya,” katanya.