Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Tampilkan Gaya Old Money, Andika Putera Dikecam Netizen - “Tak Nampak Old Money . Tapi Nampak Funny”

Asyraf Roslan
11/11/2024 08:55 MYT
Pempengaruh, Andika Putera menarik perhatian netizen apabila mengumumkan sudah menubuhkan sebuah komuniti yang dikenali sebagai ‘Old Money’.

Meskipun baru ditubuhkan, Andika memaklumkan bahawa dia sudah berjaya mengumpulkan seramai 300 orang ahli bagi komuniti tersebut.

“Baru je saya tubuhkan Komuniti Old Money tak sampai seminggu pun.

“Alhamdulillah, ramai yang joindekat 300 lebih ahli dah,” kata Andika menerusi sebuah hantaran di Tiktok.

Menerusi video 54 saat itu juga, Andika atau lebih mesra disapa sebagai Dika itu berkongsi video reaksi rakyat Malaysia ketika melihat mereka berjalan di sekitar Dataran Kuala Lumpur.

Tetapi video yang dimuat naik oleh Andika menerima kecaman hebat daripada netizen.

Mereka berpendapat orang-orang yang memandang mereka ketika berjalan bukannya terkesima dengan fesyen tersebut namun pelik.

“Orang bukan tengok sbb old money. Org tengok sbb buang tebiat,”

“Orang pandang sebab pelik tghari buta dkt dataran pakai mcm tu”

“Tak nampak old money . tapi nampak funny”

“Kadang org lihat kita sbb cam pelik, jgn mudah perasan ye”

“Cemana la dorang tebalkan muka ek”

“Orang pandang sebab orang pelik ja pon.. dalam hati tu nak ketawa,” kata netizen.

Pada masa sama, ada yang berpendapat bahawa gaya yang ditampilkan tidak sesuai dengan suhu di Malaysia.

“Paham je uols nak the old money aesthetic but research la yg sesuai suhu Malaysia.

“Berkertang peluh aku tgk. And benda mcm ni orang tak buat secara berkumpulan dek. Bila jalan beramai ramai dengan seluar berwarna warni ko nak jadi Girls Generation gee gee gee ke.

Sekadar info, estetika gaya fesyen old-money merujuk kepada gaya berpakaian yang mewah dan elegan, namun tidak lapuk dek zaman.
#Netizen #Andika Putera #Old Money
;