Astro Originals mempersembahkan sebuah lagi drama siri premium dengan produksi berkualiti filem dalam kisah penyiasatan serta elemen komedi yang menampilkan detektif ‘wannabe’ dalam drama berjudul Murder By Moonlight.

Selepas tamatnya drama premium misteri seram Histeria The Series semalam, Astro Originals bakal menampilkan Muder By Moonlight dengan menampilkan genre Witty Murder Mystery “Whodunnit”.

Murder By Moonlight bakal temui penonton bermula 1 Ogos ini setiap hari Isnin, jam 9.00 malam,di Astro Citra, saluran 108 atau strim di platform Astro Go atau On Demand. Drama premium 8 episod ini diterbitkan oleh Astro Shaw dan mempersembahkan produksi Iron Hill Media dan PassionPictures.

Menariknya kali ini menerusi Murder By Moonlight menyaksikan gandingan bakat hebat barisan pelakon daripada pelbagai latar seperti Sara Ali, Wan Hanafi Su, Sharifah Amani, Thanuja Ananthan, Brian Chan, Radhi Khalid, Riz Amin, Ruzana Ibrahim, Hana Nadira, Tiara Anchant, Amanda Ang dan Amir Ameezan.

Mewakili Astro, Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata Astro terus memperkukuhkan jenama Astro Originals sebagai jenama yang mempersembahkan Murder By Moonlight turut tampilkan genre dan jalan cerita segar.

“Konsep drama penyiasatan dengan elemen humor jarang ditampilkan dalam drama tempatan dan kami percaya genre ini antara yang mempunyai kelompok peminat yang ramai. Jadi, Murder By Moonlight tampil kelainan dengan elemen komedi humor dan watak utama digerakkan oleh watak wanita dengan karakter detektif ‘wannabe’.

“Kami mengharapkan Murder By Moonlight dapat membuat penonton teruja untuk mengikuti perjalanan penyiasatan Ameera dan berteka-teki siapa dalang di sebalik cerita ini,” katanya.

Murder By Moonlight melibatkan gabungan 4 orang pengarah kreatif iaitu Mien.Ly, Khairil M.Bahar, Gavin Yap dan Tony Pietra Arjuna. Setiap pengarah mempunyai sentuhan magis yang berbeza.

Mien. Ly dan Khairil M. Bahar bertanggungjawab mengarahkan episod 1 & 2; Gavin Yap bagi episod 3 & 4, Tony Pietra Arjuna untuk episod 5 & 6; dan Khairil M. Bahar episod 7 & 8. Mien.

Ly juga merupakan salah seorang Penerbit Eksekutif dan cerita asal Murder By Moonlight. Menurut Mien. Ly, Penerbit Eksekutif, Pengarah, Cerita Asal idea Murder By Moonlight tercetus dua tahun lalu.

“Saya dan Bani Hamid merasakan setiap orang pasti mempunyai momen tersendiri sepanjang dua tahun lalu, jadi kami cuba tampilkan sebuah cerita yang mempunyai kaitan dengan perasaan kita semua, dengan menggabungkan konsep penyiasatan misteri yang ‘fun’.

“Jadi, kami cuba bawakan tema “Who Dunnit” dalam genre Murder Mystery di mana semua karakter boleh menjadi suspek sebagai pembunuh oleh penonton. Kami ingin mempersembahkan keluarga Malaysia yang muhibah dari segi skrip, dialog, barisan pelakon dan kombinasi latar kerjaya setiap watak seperti penulis, doktor, pempengaruh dan sebagainya.

“Sementara itu, drama premium ini menggunakan khidmat empat orang pengarah dan cabarannya setiap pengarah perlu tahu memahami kesemua skrip untuk 8 episod walaupun setiap episod adalah daripada pengarah berbeza-beza agar visual dan konten yang cuba dipersembahkan dalam bentuk konsisten,” katanya.

Kisah Murder By Moonlight bermula apabila seorang novelis jenayah dan misteri ditemui mati di sebuah resort di pulau terpencil, seorang pengurus hotel, Ameera bertindak sebagai detektif wannabe dan telah mengesyaki antara dua belas tetamu hotel.

Disebabkan terperangkap di pulau, jadi semua orang yang ada di situ tidak boleh ke mana-mana, mahupun keluar dari pulau tersebut. Mereka bukan hanya bimbang kehabisan bekalan makanan tetapi mereka mungkin terperangkap bersama dengan pembunuh yang dicari!

Episod pertama Murder By Moonlight akan ditayangkan secara serentak di saluran Astro Citra dan Astro Ria pada jam 9.00mlm, 1 Ogos. Manakala untuk minggu-minggu seterusnya, saksikan siri drama premium ini setiap hari Isnin, jam 9.00 malam, di Astro Citra atau pilihan alternatif strim di Astro GO atau On Demand.

Lokasi penggambaran Murder By Moonlight telah ditaja oleh Hotel Lexis Hibiscus, Port Dickson. Manakala, jumlah hari penggambaran adalah selama 44 hari.

Terdahulu Astro Originals telah menampilkan deretan drama siri premium daripada pelbagai genre, nilai hiburan berbeza serta olahan jalan cerita segar seperti diinspirasikan dari pendedahan isu-isu yang sememangnya berlaku dalam kalangan penonton seperti ‘Kampong Pisang Bersiri-Siri’(francais filem komedi nombor 1 negara), ‘Projek: Anchor SPM’ (memperkenalkan genre coming of age), ‘I-Tanggang’ (mengetengahkan isu realiti penderitaan mental Munchausen Syndrome by Proxy), ‘Dukun Diva’ (angkat kisah female con artist dan anti-heroes), ‘Kuasa’ (kisah fiksyen sebuah keluarga berpengaruh dalam dunia hiburan), ‘Histeria The Series’ (kesinambungan filem box office2008, Histeria).

Ikuti drama siri premium, Murder By Moonlight yang akan ditayangkan di saluran Astro Citra pada jam 9.00 malam, setiap hari Isnin, bermula 1 Ogos ini. Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun TikTok, Instagram, Facebook, Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw.