Laman Utama

Tampilkan Sisi Hip Hop, Dolla Mahu Peminat ‘Look At This’

gempak
Shahrin Zulkifle
20/02/2023
13:00 MYT
Sponsor Banner
Tampilkan Sisi Hip Hop, Dolla Mahu Peminat ‘Look At This’

“Lagu ini akan tonjolkan sisi berbeza kami,” demikian kata-kata salah seorang anggota group girl popular, Dolla iaitu Syasya ketika diminta mengulas mengenai lagu terbaharu mereka berjudul Look At This.

Kata Syasya, rentak tari lagu tersebut lebih ke arah hip hop yang mana jarang dilakukan mereka sebelum ini.

Ada unsur hip hop

"Look At This agak berbeza sedikit dengan lagu-lagu kami yang lepas. Malah rentak tarinya juga lebih berat pada unsur hiphop.

“Namun kami masih menggunakan khidmat Ezra Tham dan pasukan tari daripada UNC Dance Studio untuk membimbing kami dalam mereka tari.

“Untuk video muziknya pula kami bekerjasama dengan Ghazi yang sudi mendengar pendapat kami demi secebis kelainan. Kami bersyukur kerana sangat mudah bekerja dengan semua orang," kata Syasya kepada Gempak.

Syasya berkata demikian ketika dia dan ahlinya yang lain iaitu Sabrozo, Tabby dan Angel ditemui pada majlis sidang media pelancaran lagu Look At This di ibu kota baru-baru ini.

Difahamkan, Look At This sebenarnya dicipta dan ditulis oleh seorang komposer berasal dari Sweden dalam bahasa Inggeris sebelum diterjemahkan kepada bahasa Melayu.

Berkisar keyakinan diri

Dalam pada itu, menurut Tabby pula, Look At This menceritakan tentang keyakinan diri seseorang.

"la berkisar keyakinan diri dan tidak mempedulikan kata orang lain. Lagunya yang rancak juga memberi gambaran tentang keperibadian seseorang yang yakin dengan penampilan dirinya yang menarik.

“Malah ada bait lirik yang berbunyi ‘kau pandang di sini mata memerhati, but I ain't even worried bout that," kata Tabby.

Bikin MV dalam masa sehari

Berkongsi mengenai pembikinan klip video pula, Sabronzo menjelaskan ia agak mencabar kerana mereka perlu menyiapkannya hanya dalam tempoh satu hari.

"Cabaran pertama adalah kami terpaksa siapkan video muzik dalam satu hari lebih gara-gara cuaca yang buruk.

“Yang kedua adalah kami terpaksa mengumpul tenaga dan bersengkang mata selama 28 iam untuk menyiapkannya.

“Pada asalnya kami ada dua hari tapi gara-gara cuaca begitulah halangan yang datang," ujar Sabronzo.

Look At This kini boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan YouTube Music.

Manakala muzik videonya pula sudah boleh ditonton di laman YouTube rasmi Dolla.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live