Laman Utama
Tampung Jumlah Kematian, Hospital Sungai Buloh Terpaksa Sediakan Kontena Khas Isi Mayat COVID-19
Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh terpaksa menyediakan kontena khas sebagai tambahan tempat penyimpanan jenazah atau mayat yang meninggal dunia kerana jangkitan COVID-19.
Menerusi laman sosial Twitter, Kementerian Kesihatan (KKM) memuat naik foto kontena khas tersebut dan memaklumkan enam lagi kematian dilaporkan di hospital itu.
Jabatan Perubatan Forensik @HOSPITALSGBULOH terpaksa menyediakan kontena khas sebagai tambahan tempat penyimpanan jenazah/mayat yang meninggal dunia kerana #COVID19.
Hari ini, enam lagi kematian dilaporkan di hospital itu.
Lebih 80% kematian COVID-19 pic.twitter.com/Eul26Fwkyp— KKMalaysia?? (@KKMPutrajaya) May 16, 2021Menurut kenyataan itu, lebih 80 peratus kematian akibat jangkitan COVID-19 di negara ini adalah daripada golongan berusia dan menghidap lebih satu penyakit kronik atau komorbiditi.
“Kebanyakan mereka mendapat jangkitan daripada ahli keluarga terdekat.
“Jika anda tinggal bersama golongan berisiko tinggi, lindungi diri anda untuk anda melindungi mereka,” menurut ciapan itu lagi.
Sementara itu di ruangan ulang ciap, rata-rata wargamaya meluahkan rasa gerun dan gelisah mereka setelah melihat foto kontena khas tersebut.
Ramai juga yang meninggalkan pesan agar semua rakyat mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah ditetapkan supaya negara kita tidak menerima nasib yang sama seperti Amerika Syarikat dan India.
“#stayathome people. Putuskan rantaian covid19. Don’t want any of us ending up as dead bodies in a container,” ujar seorang wargamaya.
“ya Allah.. please stay home je gais. This is not funny,” komen seorang wargamaya.
“It’s finally happening in Malaysia and we should be worried. Please stay safe everyone,” kata seorang wargamaya.
“Kalau rasa ini main-main, pikir apa yang dah jadi dekat US. Kontena macam ni lah yang simpan mayat-mayat kat sana,” pesan seorang wargamaya.
“Dah sampai tahap macam ni, aku harap TV3, RTM, Awani utamakanlah dulu perihal covid negara kita. Negara orang kita uruskan nanti. Tolonglah spread awareness to the next level. We need the same energy,” luah seorang wargamaya.
“Allahu. Mari semua perketatkan SOP dan kawalan kendiri untuk kita. Biar pi lah menteri ke artis ke sape-sape ke yang langgaq sop tu kita jangan ikut depa. Situasi sekarang tak gurau gais!” tegas seorang wargamaya lagi.
Must-Watch Video