Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Tan Sri Jins Samsudin Selamat Dikebumikan

Syafiqah Jalal 02/03/2017 | 02:58 MYT
Seniman negara, Tan Sri Datuk Jins Samsudin, 82, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Ridhuan,Ulu Kelang kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Dianggarkan lebih 1000 orang yang terdiri daripada ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai dan kenalan artis membanjiri kawasan masjid dari 9 pagi untuk menantikan ketibaan jenazah.

Antara rakan artis yang turut menghadiri upacara pengebumian itu ialah Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Fauzi Ayob, Sasterawan negara, Datuk A.Samad Said, Datuk DJ Dave, Datuk Yusof Haslam, Zul Ariffin, A.Galak dan Datuk M.Nasir.

Jenazah Allahyarham dimandikan di kediamannya di Kg Pasir, Ulu Kelang sebelum disembahyangkan di Masjid Al Ridhuan dan dikebumikan.

Terdahulu, Allahyarham meninggal dunia kira-kira jam 5.45 petang semalam akibat tercekik kuih ketika minum petang bersama isterinya, Puan Sri Halijah Abdullah.

#Meninggal Dunia #Jins Samsudin #Tan Sri Jins Samsudin
;