Tanah Jerlus Masjid India: Frankie & Denti, Wira Batang Kali Kembali Beraksi
Gempak
28/08/2024 04:25 MYT
28/08/2024 04:25 MYT
Dua anjing Unit Pengesan (K9), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Denti dan Frankie dibawa ke lokasi tanah jerlus di Masjid India pada Selasa.
Denti dan Frankie dilihat tiba di lokasi kira-kira jam 5 petang, sebagai usaha membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India, Vijaya Lakshmi, 48.
Kehadiran unit khas itu telah mencuri perhatian orang awam di sekitar lokasi selain menjadi tumpuan petugas media.
Pada hari pertama insiden iaitu Jumaat lepas, JBPM sudah menggunakan khidmat unit anjing pengesan itu, namun tidak mendapat petunjuk.
Denti dan Frankie pernah menambat hati rakyat Malaysia ketika terlibat dalam operasi SAR tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali, Selangor, akhir tahun lepas.
Beberapa bulan selepas itu, Denti dan Frenkie yang sudah tujuh tahun berkhidmat diterbangkan ke bumi Turkiye selama 14 hari, bagi membantu operasi khas SAR gempa bumi yang meragut kira-kira 50,000 nyawa pada Februari tahun ini.
Setakat hari kelima operasi SAR, pencarian turut melibatkan Agensi Nuklear Malaysia dan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG).
Setakat jam 6.15 petang, usaha mencari mangsa masih dijalankan.
Selain itu, tinjauan Sinar Harian di lokasi juga mendapati beberapa premis kedai yang sebelum ini ditutup kerana insiden terbabit kembali dibuka pada Selasa.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, pelbagai usaha sudah dilakukan pasukan SAR termasuk menggunakan botol untuk melihat tempoh sesuatu objek boleh sampai ke lokasi akhir iaitu loji Indah Water Konsortium (IWK) Pantai Dalam.
Mangsa sebelum ini dilaporkan terjatuh di kedalaman kira-kira lapan meter.
Sumber: Sinar Harian
Denti dan Frankie dilihat tiba di lokasi kira-kira jam 5 petang, sebagai usaha membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India, Vijaya Lakshmi, 48.
BERITA TRENDING: Tanah Jerlus Masjid India: Tatu Nama Ibu Jadi Kenangan - Anak Mangsa
BERITA TRENDING: Tanah Jerlus Masjid India: Gas Beracun, Mudah Terbakar Di Tangki Loji IWK Cabaran Besar Pasukan SAR
BERITA TRENDING: Tanah Jerlus Masjid India: “Isteri Jerit Minta Tolong Sebelum Dia Senyap” - Suami
BERITA TRENDING: Gempa Bumi Turkiye, Syria; Selamat Bertugas Hero, Dentie & Frankie
Kelihatan, anggota JBPM telah membawa K9 itu di lokasi sekitar tanah jerlus.Kehadiran unit khas itu telah mencuri perhatian orang awam di sekitar lokasi selain menjadi tumpuan petugas media.
Pada hari pertama insiden iaitu Jumaat lepas, JBPM sudah menggunakan khidmat unit anjing pengesan itu, namun tidak mendapat petunjuk.
Denti dan Frankie pernah menambat hati rakyat Malaysia ketika terlibat dalam operasi SAR tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali, Selangor, akhir tahun lepas.
Beberapa bulan selepas itu, Denti dan Frenkie yang sudah tujuh tahun berkhidmat diterbangkan ke bumi Turkiye selama 14 hari, bagi membantu operasi khas SAR gempa bumi yang meragut kira-kira 50,000 nyawa pada Februari tahun ini.
Setakat hari kelima operasi SAR, pencarian turut melibatkan Agensi Nuklear Malaysia dan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG).
Setakat jam 6.15 petang, usaha mencari mangsa masih dijalankan.
Selain itu, tinjauan Sinar Harian di lokasi juga mendapati beberapa premis kedai yang sebelum ini ditutup kerana insiden terbabit kembali dibuka pada Selasa.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, pelbagai usaha sudah dilakukan pasukan SAR termasuk menggunakan botol untuk melihat tempoh sesuatu objek boleh sampai ke lokasi akhir iaitu loji Indah Water Konsortium (IWK) Pantai Dalam.
Mangsa sebelum ini dilaporkan terjatuh di kedalaman kira-kira lapan meter.
BERITA TRENDING: Satu Lagi Kejadian Tanah Mendap Kira-Kira 50 Meter Dari Lokasi Insiden Wanita Terjatuh Di Masjid India
Sumber: Sinar Harian