Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Tanah Jerlus Masjid India: Gas Beracun, Mudah Terbakar Di Tangki Loji IWK Cabaran Besar Pasukan SAR

Ernalisa
27/08/2024 04:42 MYT
Gas berbahaya yang terkumpul di dalam tangki najis setinggi 15 meter di Loji Indah Water Konsortium (IWK) Pantai Dalam di sini, menjadi cabaran utama pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dalam mencari mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India.

Sumber memberitahu Bernama, perkara itu diketahui selepas pasukan SAR turun ke dalam tangki besar berkenaan yang menyimpan bahan kumbahan di sekitar ibu kota dengan masing-masing dua anggota pada Ahad dan empat anggota Isnin lepas.

BERITA BERKAITAN : Penyanyi Nasyid Saujana, Dr Idzu Dapat Gelaran Datuk! - "Saya Rasa Macam Dilahirkan Semula"

BERITA BERKAITAN : Band Underground Uncure Perjuangkan Isu Palestin, Bakal Adakan Showcase Tanda Soladiriti - "Kami Ingin Gabung Kelompok Berbeza"

BERITA BERKAITAN- : Rahsia Kekal ‘Slay’, Azfar Heri Ada Simpan… | GMW: What's In Your Bag

BERITA BERKAITAN : Wow! Nadhir, Arabella & Mierul Berlakon Dalam Drama Adaptasi Dari Jepun! | Singgah Set

"Terdapat pelbagai jenis gas berbahaya di dalam tangki berkenaan antaranya gas hidrogen sulfida dan gas metana yang bukan sahaja beracun, tetapi juga mudah terbakar," katanya.


Hidrogen sulfida ialah gas yang tidak berwarna, beracun, mudah terbakar dan berbau seperti telur busuk serta boleh timbul daripada aktiviti biologi ketika bakteria menguraikan bahan organik dalam keadaan tanpa oksigen (kegiatan anaerobik).
Sumber berkata anggota SAR mengenakan pakaian perlindungan diri (PPE) khas yang hanya boleh digunakan sekali dan alat bantuan pernafasan ketika turun ke tangki berkenaan.

Menurut sumber, anggota SAR akan diturunkan menggunakan sistem tali ke dasar tangki berkenaan dan di bahagian penapis bagi tujuan pencarian sebarang petunjuk berkaitan mangsa.


"Kerja mencari menggunakan tangan dan alat khas. Semasa di dalam tangki, anggota pasukan SAR tidak boleh melakukan pergerakan secara kasar atau menguis longgokan najis dengan kuat kerana gas metana yang yang terkumpul mudah terbakar, segalanya mesti dilakukan dengan berhati-hati.


"Kerja-kerja mencari akan dijalankan di dalam tangki berkenaan dan di kawasan penapis untuk mengesan jika terdapat sebarang benda asing terperangkap selepas semua najis yang berada di dalam tangki berkenaan dipam keluar dan hingga semalam, keputusannya masih negatif," katanya.

Pada Jumaat lepas, mangsa yang dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, hilang selepas terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter susulan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India.

Mangsa yang berada di negara ini bersama keluarga untuk melancong, dilaporkan sedang berjalan di kawasan berkenaan untuk ke sebuah kuil berhampiran bagi bersarapan sebelum kejadian itu berlaku.

SUMBER: AWANI

#Operasi #Tanah #Gas #jerlus #sukarkan
;