Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Tanah Jerlus Masjid India: Jangan Degil! Orang Awam Diminta Jauhi Kawasan Larangan

Ernalisa
29/08/2024 11:26 MYT
Jangan Degil!

Orang awam disaran menjauhi lokasi insiden tanah jerlus yang mebgakibatkan kematian wanita warganegara India Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, ini ekoran kerjakerja-kerja di dua lokasi iaitu tanah jerlus dan mendapan yang sedang dijalankan .


"Saya nak ingatkan kepada semua orang awam patuhi arahan ditetapkan kerana kita masih lagi menutup laluan sepanjang Jalan Masjid India bermula dari lokasi kejadian sehingga ke Semua House, bagaimanapun dilihat masih ramai yang tidak mengikuti arahan ini.

"Penutupan ini dijalankan untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku," katanya menerusi sidang akhbar di Jalan Masjid India pada Khamis petang tadi.

Katanya, elakkan melalui pita keselamatan yang diletakkan di mana-mana kawasan.

"Patuhi nasihat anggota polis, jangan sewenangnya melalui kawasan yang tidak dibenarkan.

"Saya harap tiada orang awam yang melanggar peraturan pihak berkuasa,"katanya.

#Polis #Degil #Tanah Jerlus #Mendapan #Jauhi