Skip to main content

Berita Tempatan

Tanah Jerlus Masjid India: 'Kami Tidak Akan Mengalah' - JBPM

astro_gempak_-bomba-tidak-mengalah-cari-mangsa.jpg

Memetik laporan Awani Alimaddia turut memuat naik video terbaharu berdurasi seminit di laman TikTok yang memaparkan keadaan sebenar ketika operasi di dalam lurang kumbahan.

"Beginilah keadaannya sebenar yang kami alami, risiko operasi jarang ditunjuk kepada umum," katanya.
 
Mengulas lanjut, Alimaddia berkata, keselamatan semua petugas adalah di bawah tanggungjawab pihaknya.

"Ada ketika kami tidak membenarkan ramai petugas masuk ke 'ground zero' kerana bahaya," katanya.
 
Alimaddia berkata, ada banyak keadaan yang tidak boleh dirakam kerana terlalu sensitif untuk dikongsikan kepada umum.
 
Pada Ahad, Sinar Harian melaporkan anggota bomba terpaksa membuat selaman di dalam air kumbahan, arus deras dengan penglihatan terhad (zero visibility) serta akses kecil menyukarkan pergerakan dan pencarian mangsa.

Selesai melakukan selaman, pasukan penyelam terlibat akan melakukan ‘decontamination’ bagi mengelak sebarang bahaya atau penyakit yang mungkin tersebar di ruangan bawah tanah itu.
 
Anggota bomba tersebut turut menggunakan kelengkapan alat pelindung pernafasan serta peralatan perlindungan diri (PPE) yang diperlukan.

Pada Jumaat, seorang wanita warga India berusia 48 tahun dikenali Vijayaletchumy dilaporkan hilang selepas menjadi mangsa tanah jerlus sedalam kira-kira lapan meter di Jalan Masjid India.
 
Laporan kejadian itu diterima Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur pada jam 8.22 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa dan BBP Hang Tuah.

Sumber: Awani

Must-Watch Video

Advertisement