Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Tanah Jerlus Masjid India: Lokasi Terus Jadi Tumpuan, Tular Hingga Ke Indonesia

Ernalisa
02/09/2024 02:33 MYT
Seorang pelancong dari Indonesia, Effy Susanti Umar Said, 46, berkata, berita mengenai kejadian terbabit diketahui menerusi aplikasi TikTok yang tersebar secara meluas di negaranya.

Menurutnya, kesempatan berkunjung ke Malaysia sejak tiga hari lalu tidak dilepaskan untuk singgah ke lokasi kejadian.


BERITA BERKAITAN : Insomniacks & Nabila Taqiyyah - Belum Mulai (Versi Akustik) | Gempak Jam Session

BERITA BERKAITAN : Bimbang Dengan Kes Jenayah, Erra Fazira Pantau Aktiviti Anak Perempuan - "Saya Tidak Mengongkong Anak"

BERITA BERKAITAN :Director Issey Pulak Kena Marah Dengan Para Pelakon! | Singgah Set

BERITA BERKAITAN : Didakwa Bercinta Dengan Johnny Depp, Ini Reaksi Jenna Ortega - "Ia Mengarut..."


"Saya ikuti perkembangan kes sejak minggu lepas selepas tular di TikTok dan saya tak sangka laluan yang sering saya lalui setiap kali berkunjung ke Masjid India akan terjadi kejadian seperti ini.

"Masjid India memang tidak asing bagi saya kerana sering berkunjung ke sini untuk memborong tudung .

memandangkan saya berniaga di Medan, malah saya juga pernah duduk di kerusi berhampiran lokasi kejadian," katanya sewaktu tinjauan Sinar Harian di lokasi pada Ahad.


Effy Susanti berkata, kejadian itu berlaku di luar jangka dan bukan penghalang buatnya untuk terus berkunjung ke Masjid India.

Saya akan terus datang ke Masjid India seperti biasa cuma akan lebih berhati-hati dan mematuhi arahan keselamatan disediakan.

Pembangunan di sini juga sudah agak berusia, harap kawasan ini dapat dinaik taraf dan meningkatkan aspek keselamatan buat pengunjung di sini," katanya yang telah empat kali berkunjung di Kuala Lumpur.

Seorang lagi pelancong Indonesia, Safti Maularossa Mohd Firman Maulana, 25, berkata, Masjid India dan Chow Kit tidak asing buatnya kerana kerap berulang-alik dari Medan ke Kuala Lumpur sekurang-kurangnya empat bulan sekali.

#Indonesia #Tular #Tanah #jerlus
;