Berita
Tanah Jerlus Masjid India: Operasi SAR Guna Kamera Di Dua Lurang Kumbahan
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang hilang dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India menggunakan teknologi kamera bagi mengesan keberadaan mangsa.
Guna Teknologi Kamera
Menurut laporan Bernama, operasi itu dijalankan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia melibatkan dua lurang kumbahan iaitu di Jalan Melayu dan Bulatan Kinabalu, Kuala Lumpur.Kerja-kerja dipercayai menggunakan rod tunjal (push rod) dan kamera 'crawler' sedang giat dilakukan.
Tinjauan Bernama turut mendapati proses penggalian tanah di sekitar lokasi kejadian menggunakan jentolak sedang dilaksanakan dalam operasi itu yang memasuki hari kelima.
Mangsa yang merupakan pelancong dari Kuppam, Andhra Pradesh dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter susulan tanah jerlus pada 8.22 pagi, Jumaat lepas.
Wanita itu yang melawat negara ini bersama keluarga, sedang berjalan kaki di kawasan tersebut untuk ke sebuah kuil berhampiran sebelum kejadian.
ARTIKEL BERKAITAN: Tanah Jerlus Masjid India: Gas Beracun, Mudah Terbakar Di Tangki Loji IWK Cabaran Besar Pasukan SAR
ARTIKEL BERKAITAN: Tanah Jerlus Masjid India: Anak Sahkan Wajah Mangsa
ARTIKEL BERKAITAN: Visa Keluarga Mangsa Tanah Jerlus Dilanjut Sebulan
ARTIKEL BERKAITAN: Tanah Jerlus Masjid India: Operasi Cari Mangsa Di IWK Pantai Dalam Diteruskan Dengan Bantuan Pakar
ARTIKEL BERKAITAN: Tanah Jerlus Masjid India: “Dua Kali 'Flushing', Mangsa Belum Dijumpai” – DBKL
Sumber: Bernama