Tanah Jerlus Masjid India: Pasukan SAR Guna Teknik Hantar Botol Ke Titik Terakhir - KPN
Ernalisa
27/08/2024 12:12 MYT
27/08/2024 12:12 MYT
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang hilang dalam kejadian tanah jerlus di Masjid India, di sini mengunakan pelbagai teknik pencarian termasuk menghantar botol ke ke titik terakhir di loji Indah Water Konsortium (IWK) Pantai Dalam.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, hasil ujian yang dilakukan pasukan SAR mendapati objek berkenaan mampu sampai ke lokasi berkenaan dalam tempoh empat jam.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, hasil ujian yang dilakukan pasukan SAR mendapati objek berkenaan mampu sampai ke lokasi berkenaan dalam tempoh empat jam.
BERITA BERKAITAN : "Saya Dengar Bunyi Gamelan" - Ratu Cantik 'Diusik' Kejadian Mistik Masuk Gua, Tetap Takjub Dengan Keindahan Malaysia!
BERITA BERKAITAN : Penyanyi Nasyid Saujana, Dr Idzu Dapat Gelaran Datuk! - "Saya Rasa Macam Dilahirkan Semula"
BERITA BERKAITAN : Kubur Penyanyi Glenn Fredly Terbakar Gara-Gara Lilin Dari Peminat
BERITA BERKAITAN : Pelakon Veteran Dedah Gembira 17 Tahun Jadi Perempuan Simpanan: “Dia Bagi Elaun”
Kalau mengikut aliran air, 'perjalanan' sejauh 5.3 hingga enam kilometer dari lokasi kejadian tanah jerlus ke loji IWK di Pantai Dalam mengambil masa kira-kira empat jam,” katanya dalam sidang akhbar di sini pada Selasa.
Beliau sebelum itu meninjau lokasi tanah jerlus di Masjid India, di sini kira-kira pukul 3.30 petang.
Mengulas lanjut, Razarudin berkata, berdasarkan maklumat, mangsa yang dikenali sebagai Vijayaletchumy itu berkemungkinan terjatuh dalam kedalaman 10 meter.
"Macam-macam kita (pasukan SAR) lakukan dalam lurang kumbahan termasuk menggunakan teknologi kamera.

"Pada hari ini juga, Agensi Nuklear Malaysia dan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) untuk melakukan imbasan di lokasi," ujarnya.
Dalam pada itu, beliau berkata, pencarian pada hari kelima ini melibatkan lebih 100 keanggotaan daripada pelbagai agensi berkuasa.
Ditanya mengenai tahap keselamatan di sekitar kawasan Masjid India, Razarudin memaklumkan orang ramai tidak perlu bimbang.