Tanah Runtuh Batang Kali: Mayat Dua Beranak Ditemui Berpelukan!
Gempak
16/12/2022 17:50 MYT
16/12/2022 17:50 MYT
Dua lagi mayat tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father Organic Farm, Jalan Genting, ditemui pada Jumaat.
Mayat mangsa ke 17 dan 18 itu ditemui pada jam 4.40 petang di Sektor C (Riverside) dalam keadaan berpelukan dipercayai pasangan ibu dan anak perempuan berusia lingkungan tiga tahun.
Mayat kedua-dua mangsa dipercayai berada di antara Sektor A atau B semasa kejadian berlaku namun dibawa arus tanah ketika kejadian.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor berkata, penemuan mayat dua beranak itu menjadikan baki keseluruhan mangsa yang sedang dikesan adalah seramai 15 orang.
"Seramai 230 pegawai dan anggota JBPM dari Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan akan meneruskan pencarian sehingga malam ini.
"Bagaimanapun operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan dihentikan sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan," katanya.
Sumber: Sinar Harian