Berita
Tanah Runtuh Di Kawasan Gunung Kinabalu, Tiada Mangsa Dicatatkan
Satu kejadian tanah runtuh didakwa berlaku di kawasan Gunung Kinabalu, Mesilau, Kundasang, Sabah awal pagi Ahad.
Kejadian dipercayai berlaku jam 1.20 pagi namun tidak melibatkan sebarang mangsa.
"Tiada mangsa kerana jauh dari rumah...
Kejadian itu turut tular menerusi satu video berdurasi 27 saat pada Isnin di aplikasi TikTok.Malim Gunung, Richard Soibi berkata, runtuhan tersebut jauh dari jejak laluan gunung yang dilalui mereka.
"Betul tapi jauh dari jejak laluan gunung. Kejadian hanya disedari sekitar jam 7.30 pagi. Tiada mangsa kerana jauh dari rumah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.
Difahamkan, kejadian itu turut menyebabkan aliran air Sungai Mesilau yang mengalir ke Sungai Liwagu di Ranau bertukar menjadi berlumpur.@ezy.ehf 24/6/2024 - Kejadian pagi ni. View dari lamin kopio, Tanah runtuh di gunung kinabalu. #fyp #mountkinabalu ♬ original sound - zy.rzney__
Tiada Panggilan Berhubung Kejadian
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau Ridwan Mohd Talib berkata, pihaknya tidak menerima sebarang panggilan berhubung kejadian itu."Namun setelah menerima video tersebut, pasukan bomba menjalankan pemantauan.
BERITA TRENDING:Ed Sheeran Tidak Miliki Telefon Bimbit Sejak 10 Tahun Lalu, Elak Dilabel Biadab
"Menurut pegawai Taman-Taman Sabah (TTS) yang bertanggungjawab menjaga di kawasan tersebut, runtuhan berlaku kira-kira jam 1.20 pagi Ahad dan banjir lumpur jam 5 pagi hari yang sama.BERITA TRENDING:Ambang Hari Raya Aidiladha, Ini Jangkaan Jumlah Kenderaan Guna Lebuh Raya Utama!
"Kejadian runtuhan di kaki Gunung Kinabalu dan banjir kilat tidak menjejaskan kampung berhampiran," katanya.BERITA TRENDING:Lelaki Maut, Bayi Tujuh Bulan Parah Terlibat Kemalangan Akibat Tayar Pecah
Katanya lagi, tiada akses jalan raya untuk ke tempat runtuhan dan pemantauan dibuat hanya menggunakan dron sahaja.BERITA TRENDING: Gara-Gara Kereta Keluar Simpang Secara Melulu, Pelajar UiTM Maut Kemalangan
Sumber: Sinar HarianMust-Watch Video