Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Tanda Wujud Ketaatan Kepada Yang Maha Kuasa..." - Fedtri Yahya Kongsi Kebaikan Bersahur

Asraf Aided
25/04/2020 05:27 MYT
Pengacara dan personaliti TV, Fedtri Yahya berkongsi beberapa kebaikan bangun sahur di bulan Ramadan.

Perkongsian itu dimuat naik menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya semalam.

Fedtri juga ada berkongsi potongan ayat Al-Quran dan hadis yang menceritakan tentang faedah bersahur.

"Sahur itu tanda wujud ketaatan kita kepada Yang Maha Kuasa.

"Menurut Rasulullah SAW, sahur merupakan tanda ketaatan kita kepada Yang Maha Kuasa, hal ini bahkan tertuang dalam Al-Quran Surah Al-Baqarah ayat 187 yang bererti :

"Makanlah dan minumlah kalian sampai tampak jelas bagi kalian benang putih dari benang hitam, iaitu fajar," kongsi Fedtri di ruangan kapsyen.





Dalam pada itu, Fedtri turut berkongsi hadis mengenai keberkatan bersahur.

"Sabda Nabi SAW bermaksud : "Bersahurlah kamu, sesungguhnya dalam bersahur itu ada keberkatannya". (Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)," kongsinya lagi.

Perkongsian itu mendapat perhatian daripada para pengikut Fedtri di ruangan komen, rata-rata mereka mengucapkan selamat berpuasa kepada Fedtri.

Sahur Itu Tanda Wujud Ketaatan Kita Kepada Yang Maha Kuasa . Menurut Rasulullah SAW, sahur merupakan tanda ketaatan kita kepada Yang Maha Kuasa. Hal ini bahkan tertuang dalam Al-Quran Surah Al-Baqarah ayat 187 yang memiliki erti: . “Makanlah dan minumlah kalian sampai tampak jelas bagi kalian benang putih dari benang hitam, iaitu fajar” . Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Bersahurlah kamu, sesungguhnya dalam bersahur itu ada keberkatannya”. (Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim) . Dalam riwayat yang lain: “Sahur itu ada keberkatan, maka janganlah kamu tinggalkannya walaupun hanya seteguk air, kerana sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat ke atas orang-orang yang bersahur”. (Hadith Riwayat Ahmad & Ibnu Hibban)

A post shared by Ahmad Fedtri Yahya (@fedtriyahya) on


Selamat menjalani ibadah puasa diucapkan kepada semua pembaca Gempak. Lakukan ibadah bersama keluarga di rumah dan sentiasa mengutamakan aspek kesihatan memandangkan krisis COVID-19 masih melanda ketika ini.
#Ramadan #Pengacara #Fedtri Yahya
;