Tandakan Kalendar Anda Untuk ‘Go Shop 5th Anniversary Live Party’ Pada 31 Oktober Ini!

Kamaruddin Razal
Oktober 29, 2019 10:30 MYT
Go Shop akan mengadakan ‘5th Anniversary Live Party’ untuk meraikan kejayaan lima tahun sejak pelancarannya pada tahun 2014.
Pada sambutan istimewa ini, para pelanggan boleh mendapatkan produk-produk kegemaran yang sedia ada dan baharu, pastinya mengembirakan bersama barisan-barisan personaliti terkenal.
‘Go Shop 5th Anniversary Live Party’ akan dihadiri oleh hos-hos utama dan selebriti-selebriti tempatan seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Linda Onn, Datin Fouziah Gous, Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida dan Yana Samsudin.
Para hos dan selebriti akan memperkenalkan produk-produk yang inovatif, menyeronokkan dan bergaya untuk tawaran Go Shop yang di luar jangkaan seperti ‘Buy 1 Free 1, Up to 50% OFF and Extra Free Gifts’ untuk pelbagai barangan terlaris seperti peralatan rumah, perkakasan dapur, pakaian berkualiti tinggi dan produk kecantikan.
Produk yang ditawarkan juga termasuklah alat penggorengan udara, periuk tekanan, pengisar, beg tangan, set solekan, set bagasi dan banyak lagi.
Ikuti ‘Go Shop 5th Anniversary Live Party’ pada 31 Oktober bermula 9 pagi hingga 12 tengah hari menerusi Go Shop HD (saluran 118) atau (saluran 120).
Anda juga boleh layari www.goshop.com.my atau muat turun aplikasi Go Shop.
#Go Shop #Go Shop 5th Anniversary Live Party