Usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Vida (DSV) mencuri perhatian wargamaya apabila berkongsi sebuah video TikTok yang dirakamkan di dalam bilik air rumahnya.

Menerusi laman sosial Instagram, video aksi bergaya yang dikenali sebagai #imprettyandhelikethat itu dimuat naik untuk tatapan umum.

“Bagi la chance saya main TikTok,” tulis DSV sebagai kapsyen.

Namun selain daripada aksinya mengikuti trend semasa, apa yang membuatkan wargamaya terkejut adalah saiz bilik air rumahnya yang sangat luas dah mewah.

A post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida)


Tandas yang besarnya hampir seluas sebuah bilik tidur itu turut dilengkapi dengan karpet, tab mandi, ruang mandi pancuran, mangkuk tandas automatik untuk dewasa dan kanak-kanak dan bermacam-macam lagi.

Malah, dengan berhiaskan jubin, tingkap cermin dan pencahayaan yang unik, bilik air rumah DSV kelihatan serba mewah dan cukup bersih.

Meninjau ke ruangan komen, ramai wargamaya yang memuji kecantikan dan kemewahan bilik air ibu kepada penyanyi dan pelakon Cik B itu.

Ya Allah cantiknya bilik air, siap ada carpet!” puji seorang wargamaya.

Toilet dia lagi bersih daripada bilik aku,” komen seorang wargamaya.

Tandas datuk macam ruang tamu rumah saya,” usik seorang wargamaya.

Tak, aku nak tanya datuk dalam tandas ke? Weh, mewahnya,” kata seorang wargamaya.

Toilet DSV ada karpet wehhh,” tulis seorang wargamaya.

Kalau saya ada bilik air macam tu, saya tak keluar dah. Pakat makan tidur dalam tu je tak perlu bilik dah,” komen seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, video tersebut meraih lebih 80,000 tontonan dari pengikutnya.