Berita

Tandas 'Orang Kaya' Tapi Bayi Pun Tak Boleh Masuk Tukar Lampin

Elrafaei Sapi
18/06/2018
13:17 MYT
Penyanyi dan chef terkenal, Datuk Fazley Yaakob berkongsi pengalamannya bersama isteri dan anak mereka yang 'dihalang' masuk ke dalam sebuah tandas standard 'premier' di sebuah pusat membeli belah di ibu kota.
Ujarnya, isterinya berhasrat menggunakan tandas tersebut yang mengenakan bayaran masuk sebanyak RM2 untuk menukar lampin anaknya.
Bagaimanapun, Fazley mendakwa kakitangan yang bertugas menjaga tandas itu tidak membenarkan isteri dan anaknya masuk dengan alasan tandas akan berbau busuk dengan bau tahi bayi.
"Kami cuba beri alasan kukuh, bahawa kami akan bayar dan isteri saya siap berjanji akan memasukkan pampers ke dalam plastik yang kami sudah sedia bawa dan akan buang di luar.
"Manager wanita tersebut tetap berkeras dengan bongkak mengatakan 'Pergi ke tandas tingkat 2, Di situ tandas PERCUMA, najis baby bau busuk, nanti customer lain tak nak masuk tandas ni!'," katanya.
Fazley berkongsi ceritanya itu menerusi Instagramnya hari ini dan statusnya itu mendapat perhatian ramai netizen yang turut bersimpati dengan nasib yang menimpa selebriti berkenaan.

Buat pengunjung di KLCC @klccsuriamall, ini adalah satu kisah dan pengalaman saya, @azrene_ahmad dan anak bongsu saya @ellie_alaynaselma. Seperti mana lazimnya, seorang bayi pasti perlu tukar lampin apabila penuh. Namun hari ni, lampinnya Ellie ‘bocor’. Lalu isteri saya bergegas mencari tandas. Yang paling dekat adalah tandas bertanda ‘Premier’ yang memerlukan kami membayar RM2 Nak dijadikan cerita, pengurus wanita yang menjaga pintu tandas dengan bongkaknya tak benarkan isteri saya masuk dengan alasan “Tak boleh masuk ke sini untuk ganti lampin sebab nanti TANDAS BERBAU BUSUK dengan poopoo baby you dan pelanggan lain akan marah!” Kami cuba beri alasan kukuh, bahawa kami akan bayar dan isteri saya siap berjanji akan memasukkan pampers ke dalam plastik yang kami sudah sedia bawa dan akan buang di luar. Manager wanita tersebut tetap berkeras dengan bongkak mengatakan “Pergi ke tandas tingkat 2, Di situ tandas PERCUMA, najis baby bau busuk, nanti customer lain tak nak masuk tandas ni!” Masalahnya, lampin dah pun bocor, takkan kami nak berjalan jauh ke tingkat atas dan melalui ramai orang yang mungkin akan tidak selesa melihat. Namun dia tetap berkeras dan tak membenarkan seorang ibu dan bayi berumur 8 bulan untuk menukar lampin dengan alasan “Nanti tandas busuk!” Saya bertanya kepada beliau kalau ianya memang menjadi undang2 di KLCC bahawa memang kalau bayi lampir kotor tak boleh menggunakan tandas di KLCC terutamanya dalam ‘kecemasan lampin’. Dia kata memang itulah caranya di KLCC. Yang kita sentiasa harapkan adalah budi bicara seorang manager perempuan terhadap seorang perempuan lain yang ada bayi berumur 8 bulan di waktu kecemasan. Semoga, ianya tidak berlaku kepada pengunjung2 lain. Apa yang saya sendiri keliru, kalau benar najis bayi itu berbau busuk yang amat sangat, bermakna orang dewasa yang turut menggunakan tandas RM2 di KLCC berbau vanilla dan strawberry kah? Apapun kepada pihak pegurusan Suria klcc, usahlah dibuang manager wanita yang ‘sekadar menjalankan tugas’ itu. Mungkin beliau juga diberikan arahan khas oleh orang atasan bahawa bayi2 semua akan menyebabkan tandas di KLCC berbau jika digunakan?

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on

Tandas premier antara kemudahan yang disediakan pada pengunjung di pusat membeli belah terkenal di ibu kota itu meskipun ada tandas percuma, segelintir pengunjung menggelarkannya sebagai tandas 'orang kaya' kerana mengenakan caj yang mahal.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Fazley Yaakob Beri Sebab Kenapa Tak Hadir Konsert Imran Ajmain

gempak
04/02/2024
06:55 MYT
Penyanyi dan cef selebriti terkenal Datuk Fazley Yaakob menjelaskan dia punyai alasan tersendiri tidak dapat hadir menyaksikan konsert Malam Seribu Tahun Imran Ajmain yang berlangsung pada Jumaat dan Sabtu lalu.
Hiburan

Isteri Fazley Yaakob Dedah Tak Pernah Dapat Jemputan Konsert, Cabar Individu Bersemuka! - "Datang Jumpa Saya Kalau Berani"

gempak
27/01/2024
02:55 MYT
Isteri kepada penyanyi dan cef selebriti terkenal Datuk Fazley Yaakob, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz mendedahkan pihaknya sekeluarga tidak menerima sebarang undangan untuk menghadiri mana-mana konsert.
Laman Utama

Mantap! Fazley & Imran Aqil Kalahkan Duta SO7, Vincent Dalam Perlawanan Badminton

gempak
18/11/2023
04:50 MYT
Tepok Bulu ‘23 antara Malaysia vs Indonesia.
Laman Utama

Bila Ada Atlet Berpihak Pada Zionis, Fazley: “Sebelum Buat Sesuatu Fikir 10 Kali”

gempak
11/11/2023
02:00 MYT
Fazley beri nasihat kepada individu yang mempunyai pengaruh di media sosial
Laman Utama

Isu Artis Sorok Sakit Demi Dapat Job, Fazley Yaakob Komen; "Mencari Sesuap Nasi Tak Seharusnya Membebankan Mereka Yang Uzur"

gempak
05/05/2023
00:54 MYT
Korang tak rasa ke ini sangat memedihkan dan menyedihkan?