Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Gaya Hidup

Tandas Versi Akuarium? Tunaikan Hajat Anda Seperti Berenang Di Lautan Lepas

Azwa Rahman 12/04/2019 | 08:18 MYT
Bayangkan kalau tiba-tiba sakit perut, masuk tandas dan anda dikelilingi oleh hidupan dalam air.
Itulah cara sebuah kedai di Jepun ini menarik pelanggan. Dikatakan satu-satunya tandas kafe yang memiliki akuarium, ruangan peribadi di Hipopo Papa Cafe ini punya keunikan.
Hipopo Papa Cafe terkenal sebagai salah satu tempat lepak paling popular di Pantai Matsue Hayashizaki. Sejak pemilik kafe memutuskan untuk mengubah suai tandas wanita, kafe ini mendapat lebih ramai kunjungan pelanggan dan pelancong!
Berada di dalam tandas tersebut, ibarat berada di dalam akuarium kerana ada tiga cermin disisinya.
Bahagian dalam akuarium tersebut diisi dengan pelbagai karang, ikan-ikan kecil yang cantik serta penyu bersaiz kecil.
Teringin nak singgah? Mungkin inilah masanya anda merasai pengalaman melepaskan hajat persis berenang di lautan lepas.
#Jepun #Akuarium #Tandas
;