Beberapa bulan lalu keluarga Kim Kardashian mengumumkan siri yang membuat mereka popular di seluruh dunia, Keeping Up with the Kardashians akan mengakhiri tayangannya setelah belasan tahun di saluran E!.

Namun, belum pun 2021 menjengah, keluarga yang 'menjual' kisah kehidupan mereka melalui program realiti televisyen itu memberi khabar baharu.

Keeping Up with the Kardashians akan kembali ditayangkan, namun kali ini melalui tayangan streaming di saluran Hulu.

Pengumuman itu dibuat pada Khamis dalam Disney's Investor Day yang mengatakan telah menandatangi kontrak bernilai jutaan dollar bersama keluarga tersebut untuk meneruskan kisah mereka di Hulu.

Projek sulung mereka dijangka tayang pada akhir tahun 2021, seperti dilaporkan CNN. Butiran lanjut mengenai projek ini belum didedahkan.

Terdahulu pada September, Kim Kardashian mengumumkan program realiti mereka akan berakhir.

"Program ini telah menjadikan kami semua pada hari ini. Saya akan selamanya terhutang budi kepada semua pihak yang bertanggungjawab membentuk karier dan kehidupan kami," tulis Kim di akaun Instagramnya.

Keeping Up with the Kardashians pertama kali tayang pada tahun 2007 dengan Ryan Seacrest menjadi individu yang bertanggungjawab sebagai kreatornya.

Ia mempamerkan kisah kehidupan seharian keluarga Kardashian termasuk Kylie, Kendall, Kim, Khloe, Kourtney dan ibu mereka, Kris Jenner.

Musim terakhir Keeping Up with the Kardashians yang juga merupakan tahun ke 19 sepatutnya berakhir pada tahun ini.

Kredit Foto: CNN