Tangan Anak Perempuan Aliff Syukri Cedera Terkepit Di Mesin Treadmill... Kasihannya
Amri Hassan
07/06/2021 02:40 MYT
07/06/2021 02:40 MYT
Pasangan usahawan popular Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Shahida cemas apabila anak perempuannya, Raudhah Arshiyah terjatuh dan tangannya terkepit di mesin senaman treadmill.
Kejadian yang berlaku di kediaman mereka sekitar pukul 10 malam semalam dikongsikan menerusi hantaran akaun sosial Instagram Shahida.
"Kisah pukul 10.00 malam tadi......sambil mama buat susu keluar pula Meena dan Raudhah ke mesin treadmill.
"Buka plug pastu apalagi naik la pastu Raudhah terjatuh terkepit tangan kat bawah mesin treadmill, nasib cepat nampak.
"Anak kecil ramai kat rumah....program depa pun banyak, apatah lagi ada geng. Syukur tak ada apa-apa yang serius," katanya.
Sebelum ini, anak lelaki pasangan itu, Yusoff Al-Qardawi juga pernah cedera selepas tersepit di mesin treadmill di kediaman mereka.
BACA: "Kulit Macam Melepuh... Susah Nak Berjalan" - Anak Aliff Syukri Tersepit Di Mesin Treadmill, Aduhai... Seriau Tengok!