Laman Utama

Tangan Lelaki Miang Meraba Masuk Penghadang Makmum Wanita, Netizen Cadang Pijak Jer

gempak
Izwan Isa
04/04/2022
22:50 MYT
Sponsor Banner
Tangan Lelaki Miang Meraba Masuk Penghadang Makmum Wanita, Netizen Cadang Pijak Jer
Masjid atau surau sepatutnya menjadi tempat untuk beribadah, menimba ilmu dan mencari ketenangan. Namun, lain pula kisahnya dengan seorang individu yang berjaya merakam satu situasi di luar duga.
@zuhailazainal dimana mana pun kita berada , berhati2 lah para wanita #fypシ ♬ original sound - mrsintrovert - ex?introvert
Menerusi sepotong video yang viral di laman TikTok, kelihatan tangan seorang lelaki sedang merayap di bawah tirai pemisah kawasan makmum lelaki dan juga wanita.
Tidak hanya sekali, dilihat tangan tersebut berkali-kali ‘merayap’ dan cuba untuk ‘meraih’ sesuatu di sebalik kain penghadang berkenaan.
Menerusi ruangan kapsyen, tuan empunya video berkata, dia tidak pernah mengalami situasi sedemikian sungguhpun kerap mengunjungi masjid yang sama sejak kecil.
“Dari kecil pergi masjid ni, takda pun spesis macam ini. First time muncul je ni.
“Dimana-mana pun kita berada, berhati-hati lah para wanita,” pesannya.
Meninjau ruangan komen, rata-rata melahirkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan yang dianggap tidak bermoral.
“Dalam masjid tempat orang beribadah pun mereka berani buat benda terkutuk,” tulis seorang netizen dalam nada kecewa.
“Sumpahlah dalam surau pun nak buat bende macam tu. Bahaya betul lah dengan lelaki ni,” ungkap seorang netizen.
Dalam pada itu, ada juga yang mencadangkan alternatif lain untuk menyelesaikan masalah berkenaan.
“Don’t be shy, just pijak,” cadang seorang wargamaya.
Begitupun, ada yang berpendapat bahawa lelaki berkenaan berbuat demikian kerana mempunyai niat mencuri.
“Ni macam nak mencuri je. Saya tak tahu tapi tolong jaga diri! Simpan barang berharga di tempat lain yang lebih selamat dan lindungi diri kamu walau dalam keadaan apa pun,” tulisnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live