Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Tangan Menggigil Selepas Buat Persembahan, Nabila Razali Masih Trauma Gara-Gara Insiden ‘Terkucil’ - “Tak Boleh Nak Tipu, Judgement Daripada Orang Selalu…”

Asyikin Mayudin
05/12/2022 00:50 MYT
Pernah berdepan dengan insiden ‘terkucil’ ketika membuat persembahan di pentas yang besar sebelum ini, penyanyi Nabila Razali mengakui dia masih dibelenggung perasaan trauma.

Bagaimanapun, penyanyi berusia 31 tahun ini memberitahu perasaan itu tidak lagi seteruk selepas insiden tersebut berlaku.

“Sudah tentu, trauma itu masih ada… cuma tak ada terlalu dahsyat ketika insiden tu berlaku. Macam sekarang dah berkurang, tapi rasa itu masih ada,” katanya kepada Gempak.

Nabila ditemui ketika majlis pelancaran lagu dan video muzik terbaharunya berjudul Aku Terluka yang diadakan di Auditorium Symphony Square, Petaling Jaya baru-baru ini.

Sentiasa menjaga mangsa kecaman dan kritikan netizen, Nabila berkata sehingga kini dia tetap berasa gementar sebelum dan selepas membuat persembahan di mana-mana acara.

Nabila yang juga seorang pelakon ini memberitahu dia juga memasuki kelas vokal untuk memperbaiki kelemahannya dan memberikan yang terbaik buat peminat.

“Saya memang orang yang agak gementar la… kadang kalau show biasa pun saya akan gementar. Tapi saya akui, selepas insiden di sebuah anugerah sebelum ini membuatkan saya lagi berhati-hati.

“Saya menjadi lebih gementar apabila nak naik atas pentas. Sudah tentu saya tak boleh nak tipu, judgement daripada orang itu selalu bermain dalam fikiran.

“Macam saya sendiri, kita ada expectation apa yang kita nak bagi pendengar itu dengar, apa nak penonton atau pendengar itu rasa. Saya ada terfikir, macam mana kalau benda tu tak sampai.

“Kita hanya boleh berusaha… tapi Alhamdulillah, saya cuba mencari masa pergi kelas vokal. Bab gementar tu memang tak boleh lari, even dah habis pun masih lagi (tangan menggigil),” ujarnya.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

#Nabila Razali #Nabila #Trauma #Nabila Aku Terluka #Nabila menggigil #Nabila terkucil #Nabila trauma
;