Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Tangan Ruhainies Luka & Bengkak Akibat Digigit Monyet Di Set Penggambaran

Azwa Rahman
19/05/2021 13:20 MYT
Pelakon Ruhainies mengalami cedera dan bengkak di bahagian lengannya akibat digigit monyet sewaktu menjalani penggambaran sebuah drama.

Menerusi laman sosial Instagram, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah, 29, berkongsi dua buah video memaparkan lengannya yang bengkak.

Pada masa yang sama, Ruhainies sempat merakamkan momen bapanya, Zainul Ilyas sedang menyapu ubat di bahagian bengkak terbabit.

“Tangan bengkak kena gigit monyet kat set. Haha. Thank you dad letakkan ubat for me. You’re my first and forever love. I love you,” tulis Ruhainies menerusi video yang dimuat naik di IG Story miliknya.



Selain sibuk di set penggambaran, filem lakonan Ruhainies Seandainya Kau Ada sudah berada di Astro First (saluran 480).

Selain Ruhainies, filem ini turut dibintangi oleh Raysha Rizrose, Fendy Bakry, Fauziah Nawi, Rozita Che Wan dan ramai lagi.

Dengan hanya RM15, anda boleh menonton filem ini secara berulang dalam tempoh 48 jam selepas membuat langganan di Astro First.
#Ruhainies #Pelakon jelita #Selebriti cedera