Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Tanggal Pelitup Muka Untuk Hisap Vape, Duit Mustaqim Bahadon Melayang RM1000 - "Walaupun Sekejap Tetap Kesalahan ..."

Zulaikha Yusof
17/11/2020 07:42 MYT
Pelakon Mustaqim Bahadon mengakui kesalahannya kerana menanggalkan pelitup muka (mask) di tempat awam untuk menghisap rokok elektronik (vape).

Kata Mustaqim, 35, dia tidak menyalahkan pihak berkuasa kerana mengeluarkan kompaun sebanyak RM1,000 terhadap dirinya.

"Saya kena saman depan kedai gunting rambut saya pada hari Ahad. Saya keluar sekejap untuk hisap vape sebab kat dalam ada pelanggan nanti menganggu pula.

"Sementara tunggu giliran, itu yang 'berasap' dulu. Tak sampai seminit pihak berkuasa datang jumpa saya terus minta kad pengenalan.

"Saya ada terangkan situasi sebenar dekat pihak berkuasa. Mask pun ada tergantung dekat porch bag saya.

"Pihak berkuasa cakap salah tetap salah. Saya pun mengaku dengan kesalahan saya buat dan tak akan ulangi lagi.

"Walaupun saya tanggal sekejap saja, itu tetap kesalahan sebab di tempat awam. Saya tak salahkan pihak berkuasa dalam hal ini, cuma nasib saya tak berapa baik.

"Selama ini saya ikut Prosedur Operasi Standard (SOP), pakai mask ke mana-mana. Saya faham dengan kes masih tinggi sekarang ni," katanya ketika dihubungi Gempak.

Dalam pada itu, pelakon drama Cinta Sekali Lagi menyatakan dia akan menyelesaikan saman itu secepat mungkin.

"Saya akan bayar dalam minggu ini. Mereka bagi masa dalam 14 hari untuk saya selesaikan.

"Sekarang tengah shooting jadi tak sempat saya nak pergi," katanya lagi.

A post shared by مستقيم بهادون (@mustaqimbahadon)


Terdahulu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri mewajibkan pemakaian pelitup muka bermula 1 Ogos di kawasan sesak seperti pengangkutan awam serta tempat-tempat awam.

#saman #Mustaqim Bahadon #Duit #Pelitup Muka
;