Laman Utama

Tangguh Ambil Vaksin, Aprena Manrose Fokus Jalani Rawatan Untuk Dapat Anak - "Doakan Agar Semuanya Berjalan Dengan Lancar"

gempak
Zulaikha Yusof
25/06/2021
04:30 MYT
Sponsor Banner
Tangguh Ambil Vaksin, Aprena Manrose Fokus Jalani Rawatan Untuk Dapat Anak - "Doakan Agar Semuanya Berjalan Dengan Lancar"
Pelakon Aprena Manrose, 28, mendedahkan dia dan suami, Mohd Afiq Hazman sedang berusaha mendapatkan cahaya mata dengan menjalani rawatan perubatan di hospital.
Biarpun enggan berkongsi jenis rawatan, Aprena atau nama sebenarnya Wan Syahera Putri Aprena berkata dia melihat pelaksanaan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan sebagai waktu yang ideal untuk memberi fokus sepenuhnya.
“Kalau saya sibuk dengan kerja, sibuk di set penggambaran, memang tak akan fikir sangat tentang zuriat.
"Tapi kali ini, memandangkan ini adalah waktu terbaik, saya dan suami sedang mencuba mendapatkan rawatan perubatan yang sesuai di hospital.
“Rawatan apa itu belum lagi saya boleh kongsikan. Kalau dah berjaya, baru saya akan beritahu," katanya kepada Gempak.
Aprena ditemui ketika sidang media drama Hatimu Sedingin Salju yang diadakan secara maya pada Khamis.
Dalam pada itu, pelakon filem Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda menyatakan dia dan suami terpaksa menangguhkan dahulu urusan pengambilan vaksin Covid-19.
Katanya, itu adalah atas nasihat daripada pakar perubatan memandangkan mereka dalam percubaan untuk mendapatkan zuriat.
"Saya ada baca juga mengenai hal itu yang mana, jika ada pasangan yang sedang merancang untuk mendapatkan cahaya mata boleh tangguhkan urusan penerimaan vaksin. Jadi saya dan suami buat keputusan untuk tangguh.
"Ia juga adalah atas nasihat doktor kerana kami berdua dalam proses rawatan tersebut.
"Kami juga berulang alik ke Shah Alam sepanjang proses rawatan dan ia adalah dibenarkan semasa tempoh PKP ini. Doakan saya agar semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan urusan ya,” katanya lagi.
Terdahulu, Aprena yang juga anak kepada penyanyi dangdut terkenal era 90-an, Iwan ini mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Afiq pada 12 November 2016.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024