Aktor terkenal Bront Palarae menyeru orang ramai agar ‘membersihkan’ kawasan mereka daripada aktiviti jenayah.

Menerusi laman sosial Twitter, teraju utama filem Pengabdi Setan itu menyuarakan pandangannya untuk tatapan umum.

“Ada kedai judi haram di kawasan anda? Jom snap gambar dan tag YB kawasan anda. Masa terbaik utk bersihkan kawasan anda. Ayuh!” tulis Bront menerusi satu kicauan.Hal ini berikutan tindakan berani seorang peniaga burger yang merakamkan video premis judi haram di kawasan Sungai Buloh sehingga tular dan mendapat perhatian Ketua Polis Negara.

Meninjau ke ruangan balas, kicauan Bront ini mengundang pelbagai reaksi wargamaya.

Ada yang telah pun membuat laporan terhadap kegiatan jenayah di kawasan mereka dan hukuman telah dijatuhkan namun premis judi haram ini tetap kembali.

Malah, ada juga yang tidak berani kerana takut nyawa mereka dan keluarga terancam.

“Dulu ada kedai mesin baru nak buka area sini. Alhamdulillah dapat YB soleh. Sekali YB turun buat demo bantahan untuk tutup. Now kawasan sini takda dah tempat judi. YB Dun Bukit Lada, Ustaz Salim Mahmood,” komen seorang wargamaya.

“Dah snap, dah report, dah tutup, dah buka lagi. Hahaha,” kata seorang wargamaya.

“Tapi...takut kena pukul,” ujarseorang wargamaya.

“Takleh bro. Nanti kena dedah, kena tetak anak beranak. Maklumat pengadu tak dijaga dah sekarang,” luah seorang wargamaya.

“Sekarang kedai judi tak banyak dah. Ramai pakai apps online je. Dekat wechat ada, telegram ada whatsapp ada. Sikit-sikit kena invite masuk group 888. SKMM pun kena main peranan,” cadang seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, kicauan Bront tersebut telah menerima hampir 6,000 ulang kicau dan 4,000 tanda suka daripada warga Twitter.