Penceramah bebas, Ustaz Kazim Elias (UKE) menerima kecaman hebat apabila menegur sikap sesetengah individu yang suka berlebih-lebihan dalam sesuatu perkara.

UKE menerusi sebuah rakaman ceramahnya berkata, sikap suka menyibuk orang kita membicarakan tentang mendiang lebih daripada bercakap tentang Ramadan yang bakal tiba.

“Orang kita ni tak ada kena mengena dengan dia pun dia sibuk. Aktres Thailand Tangmo mati sibuk siang malam, siapa bunuh dia…kesian.

“Siang malam duk cerita Tangmo…Tangmo apa? Lantak dia la dah mati. Tak ada kena mengena dengan kita pun. Nak kata sepupu pun tidak, anak sedara pun tidak.

“Membicarakan tentang dia lebih daripada membicarakan nak sambut Ramadan. Apa orang-orang melayu kita ni…pelik.

“Pelik tuan-tuan…Benda yang tak ada kena mengena dengan dia, dia sibuk bincang. Orang Kedah kata ‘tak ada bertadong’ dengan dia.

“Bertadong ni tak ada kaitan…Siang malam pagi petang duk bincang Tangmo Tangmo Tangmo pening kepala kita tuan-tuan.

“Biaq pi kat depalah (biarkanlah mereka), banyak hal lain yang kita boleh bincang,” tegur UKE tegas.

Bagaimanapun teguran tersebut menjadi perdebatan netizen yang menganggap UKE tidak berperi kemanusiaan dan tiada rasa simpati.

“Apa masalah ustaz? Kita as manusia kita ada simpati prihatin. Cuba jadi kat keluarga hang? Mesti nak keadilan kan.”

“Tak baiknya cakap macam tu..Walau pun takde kena mengena, tapi sebagai manusia apa lagi orang Islam, takkan takde rasa simpati.”

Tetapi ada juga yang bersetuju dengan apa yang cuba disampaikan oleh penceramah bebas tersebut.

“MasyaAllah Tabarakallah...Jangan belebih-lebih, berpada-pada itu yang UKE nak sampaikan. Yang pelik sampai ada yang cakap ayat-ayat tak sepatutnya kepada si mati macam ‘semoga masuk syurgalah, apalah…”

“Betul tu, ramai yang salah faham…Tahu simpati, tapi jangan sampai ada yang berminggu-minggu ikut perkembangan, sehari dua dah lah dan keadilan tu biar polis sana uruskan.”

“Mungkin pada mereka penyampaian UKE terlalu kasar untuk terus sampai ke hati...”
@saidah_hadi Pesanan #UstazKazimElias #CapCut ♬ original sound - Saidah Sprdn