Dalam kalangan pengguna platform Tik Tok atau media sosial lainnya, aksi seorang lelaki kulit hitam yang hanya membuat pelbagai parodi dan ekspresi tanpa suara memang cukup popular.

Bukan sekadar popular 'di bibir', Khabane Lame kini memegang rekod sebagai individu dengan pengikut terbanyak di Tik Tok. Tanpa bercakap, Lame kini memiliki 114 juta pengikut hanya dalam tempoh kurang dari dua tahun sejak platform itu diaktifkan atas namanya sendiri.

Menerusi laporan CNN, Lame mengaku sengaja muncul di Tik Tok 'berbeza' dengan individu lain. Selain tidak mengeluarkan sepatah pun perkataan, Lame juga menutup butang suara.

"Saya muncul dengan idea tersebut selepas melihat sebuah video yang beredar di media sosial.

"Saya menyukainya dan mendapat idea untuk melakukan video yang ringkas," katanya kepada media tersebut.

Lame, 21 juga mengatakan: "Gerak tubuh saya terjadi secara semula jadi. Cuma dalam keadaan senyap atau tidak bercakap, saya mahu mendekati sebanyak manusia yang boleh. Jadi saya fikir ia boleh dilakukan dengan tanpa dialog."

'Karier' Lame dalam dunia Tik Tok sebenarnya terjadi secara tak sengaja. Sewaktu pandemik COVID 19 melanda dunia, dan salah satu negara iaitu Itali turut menjalani lockdown, Lame telah kehilangan pekerjaannya di sebuah kilang di daerah Turin.

Dia kemudian hanya duduk di rumah bersama tiga beradik lain dan mencari pekerjaan. Satu hari, dia telah memuat naik akaun Tiktok dan mengemas kini dengan kegiatan dirinya termasuk sewaktu di bilik tidur.

Namun dirinya menjadi perhatian dunia menerusi ekspresi wajah bersahaja dalam video videonya yang melakukan banyak aksi dengan lebih mudah dan logik dalam setiap tugasan atau aktiviti yang dilakukan oleh orang lain.

Bersama aksi tersebut, warga maya terhibur dengan ekspresinya seperti menepuk dahi dan meluat yang ditunjukkan melalui gerak mata. Ekspresi ekspresi tersebut telah membuat Lame menjadi content creator paling dikenali di dunia maya.

"Mungkin memek wajah saya lucu dan membuat orang ketawa. Hal hal ringkas seperti membuat orang ketawa inilah yang membuat saya gembira," katanya lagi.

Kredit Foto: TikTok