Seperti kebiasaan, setiap hujung tahun pengeluar syarikat telefon pintar akan berlumba-lumba mengeluarkan peranti mercu atau flagship.

Huawei antara yang tidak ketinggalan apabila dijangka mengumumkan model terbaru mereka iaitu Huawei Mate 30 dan Mate 30 Pro pada 18 September 2019 ini.

Tarikh itu didedakan oleh laman web Reuters baru-baru ini.

Namun, disebalik keterujaan itu, timbul persoalan adakah model berkenaan menyokong aplikasi Google serta Play Store.

Untuk makluman, baru-baru ini kerajaan Amerika Syarikat telah melanjutkan tempoh dagangan bersama Huawei selama 90 hari lagi.

Namun, menurut laporan Reuters peranti baru dikatakan tidak tertakluk dibawah lanjutan tempoh dagangan ini.



Laporan itu sedikit sebanyak memberikan tanda tanya buat pemerhati teknologi seluruh dunia.

Sama ada peranti baru ini akan menyokong aplikasi Google ataupun tidak, kita terpaksa menunggu kenyataan rasmi daripada pihak Huawei, September ini.