Anggota kumpulan BTS, RM telah membeli sebuah pangsapuri mewah di Hannam The Hill iaitu kompleks termahal di Seoul, Korea Selatan.

Memetik laporan Koreaboo, RM membeli kediaman mewah tersebut sejak November tahun lalu dengan harga AS$4 juta (RM17 juta) tanpa sebarang pinjaman dari pihak bank.

Unit pangsapuri tersebut mempunyai keluasan 284.21 meter persegi dan terletak di persekitaran yang sesuai untuk golongan yang mengutamakan privasi.

Lebih menarik lagi, salah seorang penghuni pangsapuri itu memberitahu dia pernah bertemu RM bersama anggota kumpulan BTS yang lain di situ.

"Saya pernah melihat BTS di sebuah restoran tahun lepas, mereka memberikan senyuman kepada penduduk di sini.

"Walaupun popular, mereka sangat baik dan peramah," katanya.

Terdahulu, Jin BTS juga pernah membeli sebuah apartment mewah di lokasi yang sama tanpa sebarang pinjaman bank.


Sumber : Koreaboo