"Tanya Suami Saya" -  Respon Ezza Yusof Ditanya Desas-Desus Berbadan Dua

Amri Hassan
Mac 10, 2023 10:30 MYT

Isteri kepada pelakon popular Remy Ishak, Ezza Yusof enggan mengulas lanjut dakwaan dirinya kini sedang hamil anak pertama.

Kata Ezza, dia memohon doa terbaik dari kenalan dan peminat yang mengenalinya.
"Tanya kepada suami saya. Doakan yang baik-baik," katanya ringkas ketika ditemui pada majlis pelancaran produk terbaharu Kekasih by The Melvins di Klang, Selangor, pada Khamis.
Terdahulu, perubahan bentuk badan Ezza yang kelihatan seakan-akan baby bump pada bahagian perut menjadi perhatian ramai.
Namun, Ezza menghormati permintaan suaminya dan meminta agar kenyataan tentang berita gembira terbabit dikongsikan sendiri oleh Remy.
Remy dan Ezza melangsungkan perkahwinan pada 21 Ogos 2021 selepas lapan tahun menjalinkan hubungan cinta.

#Anak #Hamil #Remy Ishak #Kekasih #Ezza Yusof