Gempak gila kan bila ada orang hantar makanan terus ke pintu kereta anda? KFC kini merealisasikan apa yang kita idamkan dengan perkhidmatan Pandu Ambil.

Apa itu Pandu Ambil? Untuk pengetahuan, korang hanya perlu membuat pesanan dari KFC App pastu drive je kat restoran KFC yang dipilih, parkir dan KFC terus hantar ke kereta korang.

Ini juga merupakan inisiatif yang bijak untuk memastikan kesihatan dan keselamatan pelanggan serta staffnya dalam situasi pandemik Covid-19 yang kembali meningkat.

Kekangan masa dalam kalangan rakyat Malaysia merupakan antara faktor pemakanan seharian diabaikan.

Selepas ini tak perlu risau lagi sebab kita boleh Tapau Macam Boss! Cara baharu untuk membawa pulang ayam goreng kegemaran anda.

Lagi best bila…duduk je dalam kereta dan Tapau Macam Boss! Betul memang senang sebab parkir yang tersedia akan dikhaskan untuk anda sorang je!

KFC Pandu Ambil ni dapat memastikan anda dapat selalu mematuhi penjarakan sosial dan juga tidak perlu bersentuhan.

Perkhidmatan Pandu Ambil ini memudahkan anda untuk membuat pesanan KFC secara atas talian dan dihantar terus ke kereta anda.

Kini ditawarkan di lebih daripada 150 restoran KFC di Malaysia dan akan diperkembangkan kepada 250 restoran KFC sebelum akhir tahun, Pandu Ambil merupakan khidmat tambahan baharu kepada KFC Self Collect.

Diperkenalkan pada awal tahun 2019, KFC Self Collect merupakan khidmat popular KFC yang membolehkan pelanggan pesan atas talian, memilih waktu dan restoran untuk segera mengambil pesanan bawa pulang mereka tanpa beratur dalam restoran.

Membawakan pengalaman yang pantas, selamat, dan tanpa sentuh, Pandu Ambil bakal melonjakkan populariti KFC Self Collect dan menjadi pilihan utama untuk menikmati KFC secara ‘on-the-go’.

Caranya mudah sahaja:
1. Muat turun aplikasi KFC atau layari KFC.com.my
2. Pilih ‘Self Collect’ dan restoran KFC terpilih untuk perkhidmatan Pandu Ambil yang sedia ada berdasarkan lokasi anda
3. Buat pesanan anda dan pilih ‘Pandu Ambil’ semasa ‘check out’
4. Lengkapkan pesanan anda dengan mengesahkan butiran kereta anda
5. Buat pembayaran secara ‘cashless’ secara atas talian menggunakan debit/kredit kad.
6. Pandu ke restoran KFC yang telah dipilih dan parkir di tempat parkir Pandu Ambil yang telah disediakan, kemudian nyalakan lampu signal kereta anda. Staf KFC akan menghantar pesanan ke kereta anda tunjukkan pengesahan pesanan kepada staf apabila makanan dihantar – mudah dan selamat!

KFC Pandu Ambil ni memang senang dan lebih penting lagi buat masa sekarang ni adalah dapat memastikan perjarakan sosial.

Kalau korang masih kurang jelas macam mana nak pandu ambil dari KFC ni korang boleh tengok video ni.

Untuk maklumat lanjut, layari kfc.com.my/PanduAmbil . Cubalah Pandu Ambil hari ini !