Tapaukan Makanan, Beri Duit Belanja Sekolah... Kasih Sayang Wanita Ini Untuk Anak Yatim Bikin Ramai Sebak!
Firdaus
14/11/2023 09:55 MYT
14/11/2023 09:55 MYT
Seorang wanita mengundang sebak netizen apabila dia berkongsi cerita tentang bagaimana dia membantu rakan anaknya yang kehilangan ibu walaupun hanya berusia 11 tahun.
Menerusi hantaran di Facebook, wanita yang dikenali sebagai Siti Hawa itu menceritakan bahawa dia selalu memberi bekal makanan serta duit belanja kerana berasa kasihan terhadap nasib yang ditimpa oleh kanak-kanak berkenaan.
“Saya tapaukan bekal sekolah agama untuk anak dan kawan anak. Kawan anak saya ni ibu dia dah meninggal dunia, baru berusia 11 tahun.
“Sebenarnya ada masa dia pergi ke sekolah agama tak bawak duit belanja. Kadang-kadang anak saya berkongsi makan bekal dengan kawan dia, ada masa saya bagi extra duit belanja untuk kawan dia sekali,” tulisnya.
Entri berkenaan telah menyentuh hati ramai rakyat Malaysia dan majoriti mendoakan agar Siti Hawa sentiasa dimurahkan rezeki.
“Alhamdulillah semoga Allah murahkan rezeki anda sekeluarga kerana bersedekah kepada yang memerlukan…Kasihan mendengarnya,”
“Membantu anak yatim besar pahalanya, teruskan buat baik,”
“Moga agak dimurahkan rezeki. Saya sangat kagum dengan insan yang santuni anak-anak yatim ni.”
Sekadar info, posting tersebut telah mendapat hampir 20,000 tanda suka dan lebih 200 perkongsian oleh warganet.