BERITA
"Tapi Apa Jadi Kalau Kita Dah Tak Ada Job? Meninggal Beb" - DJ Fuzz
Komposer DJ Fuzz mengakui perjalanannya sebagai pemuzik bukan sesuatu yang mudah seperti disangkakan oleh orang ramai.
Menerusi entri di Instagram (IG), DJ Fuzz atau nama sebenarnya Farwa De Attaher Emir, dia harus mempunyai simpanan dan kerja sampingan pada masa depan.
"Saya ingat dulu masa saya mula-mula jadi DJ saya selalu pressure masa jadi DJ, takut orang terminate contract saya. Walaupun bayaran dia agak bagus pada masa itu utk DJ baru, tapi saya tahu bila-bila dia boleh stop amik saya.
"Benda ni berlaku selama beberapa tahun, kita sentiasa nak kena jaga je, takut takut kalau orang tu taknak amik saya lagi jadi DJ kat club dia, nak makan apa?
"Tapi apa jadi kalau kita dah tak ada job? Meninggal beb. Duit itu lah yang bayar sewa, duit itulah yang bayar makan, tapi sekarang dah takda. Nak tunggu orang call untuk contract baru tak tentu lagi. Tahu tahu hujung bulan bank call suruh bayar kereta overdue.
"Apa yang boleh dilakukan ialah multiple sources of income.So you start dgn 1 side hustle. Tak kisahlah kecik pun takpa. Then you create another one, then you buat satu lagi. Kecik-kecik je, sebab dia akan grow perlahan lahan. Buat sampai 6 at least.
"So apa jadi kalau kita hilang satu punca pendapatan? Kita ada lagi 5 backup, dan kita ada masa untuk replace hustle baru yang hilang tadi. Bayangkan kalau kita ada satu je punca dan lepas tu takda job," tulisnya.
Rata-rata bersetuju dengan perkongsian yang dilakukan oleh DJ Fuzz dan perkara itu membuatkan mereka bersemangat untuk melakukan kerja sampingan bagi menambahkan pendapatan.
Must-Watch Video