Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

"Tapi Kan Nak, Kalau Dah Beso Tetiba Ko Kata Ko Malas Nak Work, Mommy Rotan Ko..." - Ishhh, Garangnya Yana Samsudin

Badrul Hashim 27/02/2019 | 03:12 MYT
Pemenang anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke23, Yana Samsudin sememangnya artis yang kuat bekerja.
Selain berlakon, Yana juga menjadi mengacara serta mempunyai perniagaannya sendiri.
Mendirikan rumah tangga dengan Fadzil Zahari, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Aisy Mateen.
"Semalam sebenarnya Mateen teman mommy work! Jenuh nak pujuk dia keluar set sebab dia tanya mana apron dia.
"Pastu mommy cakap mateen kena keluar set mommy nak work dah ni. Dia jawab "mateen pun nak work," tulis Yana di satu entri di Instagramnya.

Semalam sebenarnya @aisymateen teman mommy work!!! Hahaha . . Jenuh nak pujuk dia keluar set sebab dia tanya mana apron dia. Pastu mommy cakap mateen kena keluar set mommy nak work dah ni. Dia jawab "mateen pun nak work" .... alaaaaa so sweet lah ko anak... ? . . Tapi kan nak, kalau dah beso tetiba ko kata ko malas nak work , mommy rotan ko kejar keliling rumah! Lagi lagi kalau cakap malas nak buat HomeWork! Mommy terus akan jadi singa dan tarzan!!! #MateenDanMommy

A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin) on

"Tapi kan nak, kalau dah beso tetiba ko kata ko malas nak work, mommy rotan ko kejar keliling rumah!
"Lagi-lagi kalau cakap malas nak buat Homework! Mommy terus akan jadi singa dan tarzan!" seloroh Yana.
Kredit Gambar: Instagram
#pelakon #Yana Samsudin #Pengacara #Pelakon
;