“Tapi Nampak Macam Handsome Jugak Eh Aku Kalau Macam Tu” - Aliff Syukri Beri Respons Dikatakan Mirip Salih Ucan

Izwan Isa
Januari 30, 2022 23:50 MYT
Semalam, kecoh di laman sosial apabila netizen menyamakan pemain skuad kebangsaan Turki, Salih Ucan dengan pengusaha kosmetik popular, Datuk Aliff Syukri.
Menerusi perkongsian di Twitter, ramai yang berseloroh dan mengatakan wajah pemain bola tersebut mirip dengan Aliff Syukri.

Congratulation dato aliff syukri. Sekarang dh jadi pemain bola sepak dh.. serba serbi boleh, nyanyi boleh, berlakon boleh, main bola pon boleh. Ni la semangat Malaysia Boleh!!! https://t.co/KD9L7lqWT2

— mr. acha (@bocahnandong) January 30, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Congratulation Datuk Aliff Syukri. Sekarang dah jadi pemain bola sepak dah… serba serbi boleh, nyanyi boleh, berlakon boleh, main bola pon boleh. Ni la semangat Malaysia Boleh!” tulis seorang pengguna Twitter.
Tidak hanya viral di media sosial semata-mata, kekecohan itu turut disedari oleh tuan empunya badan dan memberi respon menerusi akaun TikTok miliknya.
Pengiktu Aliff menerusi ruangan soal jawab menulis: “Datuk, komen pasal pemain bola sepak yang sama muka macam Datuk,” tulis individu berkenaan.
@aliffsyukriterlajaklaris Balas kepada @kanis997 ♬ bunyi asal - Terlajaklaris
Aliff secara spontan kemudian menjawab: “Ha? Korang nak suruh aku komen? Ada ke sama muka aku ni? Tang mana sama tu?
“Nak katakan orang Turki aku ni orang Jawa orang Bajak. Nak kata pandai main bola sepak tak jugak. Cuba korang komen kat bawah tang mana sama tu?
“Tapi nampak macam handsome jugak eh aku kalau macam tu, ala-ala orang Turki” ungkapnya dalam nada berseloroh.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dilihat memberikan respons positif terhadap kesamaan wajah mereka berdua.
“Betul sebiji sama macam Datuk. Betul lah Datuk, kita di dunia ni ada tujuh kembar. Mungkin ada lagi di India, China, Pakistan, Bangladesh…” tulis seorang pengguna TikTok.
Dalam pada itu, ada juga yang meminta supaya Aliff mengenakan jersi bola sepak seperti Salih Ucan.
“Lepas ni Datuk pose pakai baju dan seluar bola pula, lagi sama,” tulis netizen.
***Gempak Most Wanted is back! Korang boleh mula mengundi artis kesayangan korang di sini
Selain itu, teruskan mengundi untuk Top5 Anugerah MeleTOP ERA 2021 di sini #YangFreshYangLegend
Saksikan AME 2021 pada 30 Januari ini secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di saluran Astro Ria, jam 9.00 malam.​
#Aliff Syukri #Mirip #Salih Ucan #Serupa