gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Kuala Lumpur Bakal Dirampas! Akim & The Majistret Sedia Gegarkan Pentas Mega Star Arena 28 Jun Ini!
VIRAL
Warga Emas Pukul, Lempar Kucing Ditahan Polis!
BERITA
Kerat Jari Teman Lelaki Bimbang Kahwini Wanita Lain
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
BOLLYWOOD

Tara HD Siar Filem Terbaik SRK & Kajol Sempena Ulang Tahun ke-25 Mereka di Bollywood

gempak
Mya Amri
03/11/2017
12:09 MYT
Sponsor Banner
Tara HD Siar Filem Terbaik SRK & Kajol Sempena Ulang Tahun ke-25 Mereka di Bollywood
Nama Shah Rukh Khan (SRK) dan Kajol merupakan pengaruh besar dalam industri perfileman Bollywood.
Sering membintangi filem-filem pecah panggung Bollywood, SRK dan Kajol mengumpul kelompok peminat setia di serata dunia.
Sedar tak sedar, sudah 25 tahun SRK dan Kajol bertapak dalam industri perfileman Bollywood dan memukau hati peminat.
Sepanjang bulan November ini, saluran Tara HD (108) akan menyambut 25 tahun Shah Rukh Khan and Kajol dalam industri seni Bollywood dengan membawa filem-filem popular lakonan dua figura hebat ini pada setiap hari Sabut, jam 10 malam bermula 4 November 2017.
Pardes - 4 November 2017 Pardes adalah antara empat filem yang mendapat kutipan tertinggi di dunia pada tahun 1997. Atas dasar itu, India Today telah mengiktiraf filem ini sebagai filem Bollywood pertama yang berjaya menembusi pasaran Amerika Syarikat. Filem ini mengisahkan tentang Kishorilal, seorang bapa yang sedang mencarikan pasangan untuk anaknya yang sudah terjebak dengan cara kehidupan barat. Beliau lantas melamar Ganga, anak perempuan kepada kawannya dan membawa bakal menantunya itu berpindah ke Amerika Syarikat. Namun, hati Ganga sebenarnya telah terpaut pada Arjun (Shah Rukh Khan), anak angkat Kishorilal. Filem ini dibintangi oleh Shah Rukh Khan, Amrish Puri, Alok Nath, Mahima Chaudhry dan Apurva Agnihotri.
Baazigar - 11 November 2017 Baazigar memperoleh kejayaan komersil ketika ia ditayangkan di pawagam dan merupakan antara empat filem Hindi yang mendapat kutipan tertinggi pada tahun 1993. Menerusi filem ini, Shahrukh Khan telah berjaya merangkul anugerah pelakon lelaki Terbaik di 39th Film Fare Awards. Filem ini mengisahkan Ajay Sharma yang ingin membalas dendam terhadap pengkhianat perniagaan ayahnya sehingga mereka sekeluarga terpaksa hidup dalam kemiskinan. Shah Rukh Khan dan Kajol memegang watak utama dalam filem ini.
Ishq – 18 November 2017 Ishq merupakan satu-satunya filem yang berjaya menggandingkan Juhi Chawla dan Kajol dalam satu layar yang sama. Filem ini mengisahkan tentang empat orang remaja daripada kelas sosial berlainan bertemu dengan kekasih hati yang tidak direstui oleh ibu bapa masing-masing. Filem ini dibintangi oleh Aamir Khan, Kajol, Ajay Devgan dan Juhi Chawla.
Hum Aapke Dil Mein Rehte Hain – 25 November 2017 Filem ini merupakan antara lima filem dari India yang mendapat kutipan tertinggi pada tahun 1999, lantas diiktiraf sebagai “Super Hit” oleh Box Office India. Menerusi filem ini, Kajol berjaya merangkul sebuah pencalonan bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik dalam Filmfare Awards. Kisah yang dipaparkan dalam filem ini sebenarnya berasaskan daripada sebuah filem Telugu yang berjudul Pavithra Bandham. Ia mengisahkan tentang seorang lelaki (Anil Kapoor) yang berusaha untuk memenangi semula hati isterinya (Kajol) setelah bercerai selepas setahun berkahwin secara paksa.
Pelanggan NJOI juga boleh menonton TARA HD dengan melanggan pada harga RM7 untuk 3 hari, RM10 (7 hari) dan RM25 (30 hari). Selain itu, pelanggan Astro boleh menonton Tara HD menerusi aplikasi Astro on the Go (AOTG) dengan saluran berdefinisi tinggi (HD).
Langganan AOTG termasuk dalam pakej Super Pack Plus, Super Pack, Multi room, Sports Pack dan Value Pack tanpa sebarang caj tambahan dikenakan. Manakala bagi pelanggan Astro dengan pakej lain, ia boleh dibeli pada harga RM10.60 untuk sebulan.
Untuk melanggan Astro dan NJOI, sila layari www.astro.com.my.
Topic Berkaitan
#Shah Rukh Khan
#TARA HD
#Kajol
#Shah Rukh Khan
Must-Watch Video