"Tarian Macam Lipas Masuk Seluar" - Gelagat Ezad Lazim Hiburkan Netizen

Rozaimi Zubaidi
Julai 18, 2018 04:44 MYT
Bekas bintang Gegar Vaganza 2 (GV 2), Ezad Lazim telah menarik perhatian peminat apabila melakukan aksi tarian bagi menyahut cabaran #shiggychallange yang kini menjadi kegilaan di media sosial.
Menerusi entri di Instagram (IG), Ezad telah berkongsi video tariannya dan ternyata perkara itu membuatkan netizen terhibur dengan gelagatnya.
"Pun nak buat juga. Macam lipas masuk seluar je tarian. Macam Pak Maun pun ada. Betui ke macam ni? hahaha," tulisnya.
Rata-rata mengakui terhibur dengan gaya tarian yang dilakukan oleh Ezad dan tidak menyangka dia akan menari sehingga begitu sekali.
"@mamaammar81: Awat la dia ni dok buat qoblah pula. Haish @ezadlazim."
"@hzlynn_tasya: Awat buat teruk tu. Tolongla lipas masuk seluar ni. menjadi sungguhla depa ni."
"@qistinaqisya: MasyaAlllah awat menari lagu tu @ezadlazim. Tergelak besar tengok."
"@iezaadi2: Astaffirullahhalazim. Dah kenapa @ezadlazim ada lipas ke dalam kete? Hahaha."
Cabaran tarian #shiggychallange bermula beberapa minggu lalu apabila pelawak berasal dari Canada iaitu Shiggy memuat naik tariannya di Instagram dan mula menjadi ikutan ramai
Tarian tersebut menggunakan single terbaru nyanyian Drake berjudul In My Feelings.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Foto: Instagram Ezad
#Ezad Lazim #Bintang Gegar Vaganza 2