Berita
Tarian Mencolok Mata: Penganjur Acara Makan Malam Dikompaun
Penganjur acara makan malam syarikat perlombongan yang didakwa menampilkan persembahan tarian mencolok mata di Tanah Merah, Sabtu dikenakan kompaun RM10,000 oleh Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM).
Denda telah dibayar, penganjur mohon maaf
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kelantan, Hilmi Abdullah berkata, denda tersebut telah dibayar kepada MDTM, semalam.Beliau berkata, denda itu dikenakan mengikut Seksyen 6 Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat Hiburan 1998.
Tambahnya, penganjur turut bersetuju untuk berunding dengan pihak berkuasa sebelum mengadakan sebarang acara pada masa akan datang."Penganjur juga telah menghantar surat permohonan maaf kepada kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan atas kesalahan tersebut," katanya.
Katanya, bermula 1 Januari tahun depan, denda bagi kesalahan itu akan dinaikkan kepada RM50,000 selepas Dewan Undangan Negeri meluluskan kemas kini Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat Hiburan, yang akan memperkenalkan peraturan dan pelesenan yang lebih ketat.
ARTIKEL BERKAITAN: Tarian Gelek, Seksi Di Tanah Merah: Penganjur Boleh Dikompaun, Kata Exco
Terdahulu, media melaporkan Kelantan membuka kertas siasatan terhadap penganjuran majlis makan malam itu dan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) turut disiasat apabila dewan sekolahnya dijadikan lokasi majlis tersebut.berlangsung dan melanggar peraturan negeri.Sumber: Harian Metro
Must-Watch Video