Gempak logo
Breaking news banner
Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
TERKINI

Tarian Shiggy Versi Siti Sarah Buat Netizen Terhibur

article-author-avatar
Amri Hassan 19/07/2018 | 10:34 MYT
Tarian Shiggy Versi Siti Sarah Buat Netizen Terhibur
Penyanyi Siti Sarah Raissuddin tidak ketinggalan mencuba tarian Shiggy yang menjadi viral di media sosial.
Dalam aksi berkenaan yang dimuat naik menerusi Instagram suaminya, Shuib Sepahtu, Sarah meniru gaya cabaran tersebut dengan keluar dari kereta yang sedang bergerak perlahan sambil menari dan video dirakamkan ketika pintu kereta masih terbuka.
Apa yang menghiburkan hati netizen adalah di penghujung video tersebut, Shuib menutup pintu keretanya dan meninggalkan Sarah bersendirian di tepi jalan.
Ramai artis dan netizen meninggalkan komen menyatakan video Sarah adalah paling banyak kali diulang tengok dalam cabaran #InMyFeelingsChallenge.
Teks: Noor Zulaikha Yusof
Sumber: Instagram Shuib