Pendakwah bebas, Da'i Wan Dazrin memohon agar cabaran viral, #LathiChallenge diberhentikan serta merta kerana berbahaya untuk dijadikan sebagai hiburan.

Menurut Dazrin, tarian itu sangat menakutkan kerana ia wujud dalam budaya Jawa yang syirik dan khurafat.

"Hentikan #LathiChallenge sekarang juga. Sesungguhnya tarian-tarian yang kalian lakukan itu sangat merbahaya untuk dijadikan hiburan.

"Ketahuilah kalian tarian itu wujud dari sesetengah budaya Jawa yang syirik dan khurafat. Seperti memanggil Kuntilanak serta Roh Kuda Kepang.

"Tolong hentikannya! Hanya Allah swt shj tahu apa yang terlintas dalam hati saya tadi bila saya ditontonkan dengan video #LathiChallenge. Sungguh ia memang menakutkan," tulisnya.

Tambah Dazrin, dia berharap agar semua orang berhati-hati kerana hiburan itu boleh menggugatkan dan mengancam jati seorang Muslim.

"Bahkan bukan menakutkan sahaja, hiburan yang seperti itu cukup mengancam jati diri seorang Muslim dengan bahayanya syirik dan khurafat yang wujud dari kepercayaan tarian tradisi sesetengah budaya Jawa yang sangat kuat kepercayaan pada bomoh dengan ilmu hitam. Hati-hatilah kalian," tulisnya lagi.Dalam pada itu, Dazrin berkata sekiranya lagu yang digunakan itu melalaikan pendengar, seeloknya dijauhi.

"Apa hukum dengar lagu dia, sedangkan lagu dia tak bawa maksud apa-apa yang mensyirikkan pun.

"Apa-apa sahaja hiburan yang melalaikan kita, yang boleh mempengaruhi perasaan dan diri kita. Ulama menghukumkan ‘makruh’. Makruh itu tanda perbuatan tersebut patut dielakkan," tulis Dazrin menerusi laman Twitter miliknya semalam.Terdahulu, Lathi Challenge menjadi tular di media sosial selepas menampilkan kreativiti solekan pada wajah.

Pendakwan dan pencerus Ummah Syed Bakri menegur sikap segelintir pengguna media sosial yang masih melakukan #LathiChallenge kerana cabaran itu haram disebabkan beberapa faktor yang diambil kira.

BACA: “Latar Belakang Lagu, Solekan Ala Syaitan, Lathi Challenge Haram” - PU Syed Beri Teguran