“Tarikh Nikah Dah Ada, Inilah Syawal Paling Bermakna” - Mas Idayu Bahagia, Pihak Lelaki Siap Hantar ‘Tanda’
Mya Amri
18/05/2022 02:28 MYT
18/05/2022 02:28 MYT
Penyanyi dangdut terkenal, Mas Idayu mengakui sudah menerima ‘tanda’ dihantar oleh jejaka pilihannya yang juga merupakan penerbit eksekutif sebuah stesen televisyen, Muhammad Sufian Che Isa Ahad lalu.
Menurut Mas Idayu, tanda itu diberikan sejurus ahli keluarga kedua belah pihak bertemu bagi perbincangan lanjut menjelang hari bahagia mereka.
“Baru beberapa hari pihaknya hantar tanda. Bukanlah bertunang atau merisik. Sesi tersebut lebih kepada saling mengenali keluarga dan dia hadir sekali memberikan ‘tanda’.
“Perjumpaan dilakukan di kediaman keluarga saya. Kiranya inilah Syawal paling bermakna untuk saya kot. Tarikh nikah sudah pun ada, cumanya kami tunggu masa sesuai untuk kongsikan.
“Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Jujurnya saya pun tak menyangka dia ada memberikan tanda untuk hubungan kami.
“Apa yang Sufian berikan, biarlah rahsia dulu. Nanti saya akan beritahu dan kongsikan di media sosial,” katanya kepada Gempak.
Mas Idayu ditemui pada sidang media program baharu Astro, Karaoke Superstar bertempat di The Gardens Theatre, Kuala Lumpur pada Isnin.
Mengulas mengenai perkahwinannya, Mas Idayu atau lebih popular dengan panggilan mummy ini juga menjelaskan persiapan tersebut sedang berjalan.
“Persiapan sudah pun 70 peratus, hanya tinggal untuk pilih lokasi dan beberapa perkara lain. Ikutkan perancangan setakat ini, kami akan buat majlis berinai dan khatam Al-Quran.
“Insya-Allah, majlis nikah dilangsungkan pada pagi dan resepsi pula akan berjalan pada sebelah malamnya,” katanya.
Mas Idayu atau nama sebenarnya, Mas Idayu Mesnun dan Sufian merancang untuk melangsungkan perkahwinan mereka pada September depan.
Dalam perkembangan lain, Mas Idayu merupakan juri tetap untuk Karaoke Superstar bersama Erra Fazira.
Malah Mas Idayu juga bakal muncul dengan produk penjagaan wajah tidak lama lagi.
Karaoke Superstar akan bersiaran bermula 5 Jun, setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan yang lebih fleksible, Karaoke Superstar juga boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO.