Pelakon dan pengacara Harris Alif, 21, menyatakan dia akan berkongsi kepada umum sama ada majlis perkahwinannya bersama aktres Intan Ladyana, 38, ditangguhkan disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Harris atau nama sebenarnya Nor Harris Alif Nor Rashidi, keputusan itu akan diberitahu dalam masa terdekat.

"Nanti saya akan update ya. Insya-Allah dalam masa terdekat," katanya menerusi kiriman mesej di aplikasi WhatsApp.

Baru-baru ini, Intan menerusi entri foto bersama Harris di Instagram (IG), seakan memberi bayangan akan menunda majlis perkahwinannya.

A post shared by ? (@intanladyana)


Pelakon drama Bougainvillea itu membalas komen Lisa Surihani dengan menyatakan mereka akan bertemu pada bulan Mac nanti.

"So gorgeous la you babe," tulis Lisa

"Terima kasih Lizzy. Jumpa awak bulan Mac ini," balas Intan.

Pada 5 Januari lalu, Harris dan Intan mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga pada 6 Februari 2021.

BACA: Beza 17 Tahun Bukan Penghalang! Harris Alif & Intan Ladyana Kahwin 6 Februari Ini!

Kisah percintaan Intan menjadi perhatian selepas Harris terbuka berkongsi mengenainya.

Harris yang juga juara pertandingan Idola Kecil musim ketiga buat kali pertama berkongsi gambar berdua menerusi laman Instagram (IG) pada 6 Mei 2020.