,
Hiburan

"Tarikh Senang Nak Ingat" - Wann Sambut Hari Lahir & Ulang Tahun Perkahwinan Pada Tarikh Sama!

Asraf Aided
17/04/2020
08:26 MYT
Penyanyi dan bintang Gegar Vaganza 2019 (GV2019), Wann menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-50 hari ini.
Menariknya, Wann juga meraikan ulang tahun perkahwinannya yang ke-27 pada tarikh yang sama.
Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan ramai.
"Alhamdulillah tarikhnya senang nak ingat, anniversary dan hari lahir sama," tulis Wann sebagai kapsyen.
Penyanyi lagu Lamunan Hati ini juga turut meletakkan tanda pagar #27thAnniversary #50yearsyoung dan #celebrateathome menunjukkan umur dan tempoh perkahwinannya.
Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat Wann menulis ucapan istimewa dan mendoakan kebaikan untuk penyanyi kesayangan mereka itu.
Terdahulu, Wann telah berentap di pentas GV2019 bersama Naqiu, Hady Mirza, Noorshilla Amin dan ramai lagi.
Namun begitu, perjalanan Wann dalam pertandingan itu terhenti di konsert separuh akhir selepas menyanyikan lagu Dua Insan duet bersama Zarul Umbrella serta persembahan solo Ku Gembira Di Sampingmu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Tak Pernah Beli Rumah, Will.i.am Hanya Tidur Di Hotel

gempak
20/11/2024
15:50 MYT
Pemuzik Will.i.am mengaku meski sudah berusia 49 tahun dan memiliki kekayaan, dia masih tidak mempunyai rumah.
Hiburan

Aset Pasha Ungu Didedahkan, Ada 17 Kenderaan Sampai 8 Bangunan

gempak
20/11/2024
12:55 MYT
Vokalis kumpulan Ungu, Pasha diketahui kembali berkhidmat kepada negara apabila dilantik sebagai anggota anggota DPR RI 2024-2029 dan bertugas di Komisi VIII.
Hiburan

“Dulu Orang Tak Terima Bakat Saya Sebab Tak Cantik & Gemuk” - Nadeera Kenang 13 Tahun Perjalanan Karier Seni, Syukur Sekarang Ramai ‘Buka Mata’

gempak
20/11/2024
01:30 MYT
Penyanyi Nadeera mengakui terkenangkan perit jerih perjalanan karier seninya 13 tahun lalu yang tidak diterima sesetengah pihak gara-gara sering dicerca.
Hiburan

Adira Suhaimi Kongsi Ciri-Ciri Suami Harapan, Tak Kisah Soal Sekufu – “Tak Semesti Dua-Dua Kaya, Yang Penting…”

gempak
19/11/2024
21:50 MYT
Pelakon dan penyanyi, Adira berkongsi ciri-ciri suami yang diharapkannya sekiranya kembali berumah tangga.
Hiburan

Enam Bulan Menikah, Rizky Febian Mengaku Tak Daftar Perkahwinan

gempak
19/11/2024
14:00 MYT
Penyanyi Rizky Febian mengaku tidak mendaftarkan perkahwinan bersama Mahalini meski sudah enam bulan menjadi suami isteri.
Unitar