Tarikh tayangan 23 Julai, Thariq Ridzuwan : His Treasure Ditunda?
Produksi, BamBam Studio mengumumkan drama Thariq Ridzuwan: His Tresure akan ditunda buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak.
Berita itu dikongsikan menerusi satu hantaran di Instagram pada Isnin.
Drama arahan Eyra Rahman ini dibintangi Meerqeen, Qasrina Karim, Evertts Gomes dan ramai lagi.
Lebih istimewa, ia turut menampilkan ALPHA, kumpulan lelaki pertama Astro, menerusi runut bunyi rasmi bertajuk ‘P. Ramlee dan Saloma’ dan juga Hael Husaini yang bertajuk ‘Alangkah’.
Sinopsis Penuh :
Thariq, seorang ejen elit, sanggup mempertaruhkan segalanya demi menyelamatkan Radwa, bekas kekasihnya yang dipaksa berkahwin oleh ibunya sendiri.
Mereka akhirnya bersatu namun hubungan mereka diuji dengan cemburu, trauma silam, tekanan keluarga dan tragedi yang hampir meragut segalanya.
Saat Radwa disahkan hamil, harapan kembali menyinar tetapi kemunculan lelaki misteri dari masa lalunya sekali lagi menguji cinta mereka.
Dalam perjuangan melawan masa silam dan ancaman baharu, Thariq dan Radwa berpegang pada cinta demi melindungi keluarga mereka.