Tasha Manshahar Nikah Bulan Depan
Ogos 23, 2018 00:40 MYT
Penyanyi Tasha Manshahar bakal melangsungkan pernikahan dengan tunangnya yang juga penyampai radio, bulan depan.
Tasha, 26, atau Nur Nadia Natasha Mohd Manshahar berkata keputusan itu diambil selepas mereka mengikat tali pertunangan pada 24 Disember tahun lalu.
"Kami mula berkenalan hujung 2016. Selepas hampir setahun, kami ambil keputusan untuk bertunang pula. Dari awal perhubungan hingga sekarang kami memang tidak terlalu bercerita.
"Bukan apa, dalam tempoh bertunang apa saja boleh terjadi. Kita tidak tahu hati orang. Mungkin ada suka begitu juga sebaliknya."Dalam masa sama, tidak perlu fikir apa yang orang mahu perkatakan atau buat spekulasi. Disebabkan itu, kami ambil pendekatan diam saja hingga tiba waktu sesuai barulah kami kongsikan," katanya.
Sehingga kini, Tasha masih mahu merahsiakan siapa bakal suaminya.
Namun terdahulu, Gempak ada merungkai siapa gerangan tunangnya itu.
[BACA: Tasha Manshahar Bakal Nikah Tahun Ini, Inikah Bakal Suaminya?]
Jejaka tersebut adalah Raqib yang kini bertugas sebagai penyampai radio Zayan FM dan pernah menyertai rancangan Akademi Fantasia (AF9).