Selepas berkongsi berita duka mengenai ibunya, Herina Wong, yang dikomakan kerana jangkitan Covid-19, Tasha Manshahar memuat naik perkembangan terkini mengenai ratu hatinya itu menerusi hantaran di Instastory.

Tasha berkata, sehingga kini ibunya masih ditidurkan, namun telah memberi tindakbalas kepada ubat dan rawatan diberikan.

Doktor turut memberitahu sudah ada pengurangan jangkitan dan tiada masalah pada organ-organ utama badan.

“Jadi sekarang doktor fokus pada jangkitan di bahagian paru-paru supaya paru-paru mummy boleh berfungsi seperti biasa dan bernafas sendiri.

“Doktor beritahu virus covid ini unpredictable. Bila-bila je dia boleh attack patient, Nauzubillah. Saya yakin mummy kuat dan berharap agar mummy berterusan tunjuk perkembangan positif,” katanya.

Tasha turut mengucapkan terima kasih kepada doktor dan jururawat yang sentiasa bertungkus-lumus dan sabar merawat pesakit.



Selain itu Tasha turut berkongsi telah menghubungi ibunya menerusi panggilan video dan berpuas hati dapat memberikan kata-kata semangat.

“Tak tahu la jelas ke tidak dekat telefon nurse, tetapi sekurang-kurangnya saya berpuas hati dapat cakap sesuatu dan beri kata-kata semangat kepada mummy.

“Nurse kata memang patient nampak macam tidur tapi dorang boleh dengar. Kita kena bagi semangat dan kirimkan energy positif dekat pesakit.

“Sebab apa-apa sakit pun semangat adalah ubat paling mujarab! Semoga ada pudate positif daripada doktor. Amin,” tulisnya.



Terdahlu Tasha memberitahu ibu dan bapanya disahkan positif Covid-19. Ibunya dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang terpaksa dikomakan.

Sementara, bapanya, Mohd Manshahar kini berada dalam keadaan stabil dan menjalani tempoh kuarantin kendiri di kediaman mereka.

[[BACA: Mommy Dikomakan Di ICU, Ada Jangkitan Di Paru-Paru...]]